TIGA JUDUL TERBITAN PENERBIT USM ANTARA 50 TERBAIK MALAYSIA
PULAU PINANG, 23 September 2013 - Tiga buah buku terbitan Penerbit USM tersenarai antara 50 buah judul buku terbaik Malaysia iaitu Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat, 1910–1930-an yang disunting oleh Ding Choo Ming, Kuntum Biru Kembang Lestari karya Muhammad Haji Salleh dan Ensera Ayor: Epik Rakyat Iban hasil tulisan Noriah Taslim dan Chemalin Osup.
Pemilihan 50 Judul Terbaik Malaysia itu dilakukan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), sebuah badan penasihat buku di negara ini. Kesemua buku tersebut akan dipamerkan dalam Frankfurt Book Fair yang bakal menarik penyertaan lebih 7,500 pemamer dari 110 buah negara. - Terjemahan: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 1213