USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR USM HADIR MAKAN MALAM DUTA PAKISTAN

130913-1

KUALA LUMPUR, 13 September 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia TYT Shahid M G Kiani di kediaman rasmi beliau di sini malam ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Pertama Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Murad Ali Wazir serta tetamu-tetamu undangan khas Pesuruhjaya Pakistan ke Malaysia.

"Majlis ini ialah untuk mengenali lebih dekat rakan-rakan rapat, khususnya dalam kalangan kepimpinan pengajian tinggi di Malaysia serta merapatkan hubungan sedia ada," kata Shahid.

Naib Canselor USM itu mengalu-alukan hubungan rapat di antara USM dengan Pakistan dan berharap akan wujud lebih banyak peluang untuk bekerjsama pada masa hadapan.

"USM sememangnya berharap untuk mengukuhkan lagi hubungan ini, apatah lagi dengan adanya persefahaman yang ditandatangani dengan University of Peshawar, terutamanya dalam bidang arkeologi sehingga membolehkan Profesor Dr. Mokhtar Saidin dan Pusat Penyelidikan Arkeologi Global menjalankan kerja penyelidikan dan ekskavasi serta melatih lebih ramai dari sana untuk meneruskan kerja penyelidikan dalam memelihara khazanah yang ada di sana," kata Omar.

20130913 224332 resized

Kedua-dua pihak berjanji untuk memastikan hubungan rapat ini akan terus terjalin dan saling membantu untuk kerjasama akademik dan penyelidikan. Naib Canselor USM dijangka mengadakan lawatan rasmi ke Pakistan pada bulan November ini untuk meninjau peluang kerjasama dan mengukuhkan hubungan dua hala dalam bidang pengajian tinggi di universiti-universiti Pakistan. - Teks dan foto: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1270

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024