USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR ERATKAN HUBUNGAN DENGAN BRUNEI

120913-1

BRUNEI DARUSSALAM, 12 September 2013- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman mengadakan kunjungan tiga hari bermula Selasa lalu untuk mengeratkan jalinan perhubungan akademik bermula hari ini.

Pagi ini, 12 September 2013, Naib Canselor menghadiri Upacara Konvokesyen Ke-25 Universiti Brunei Darussalam dan malam nanti akan turut menghadiri Majlis Makan Malam sempena Upacara Konvokesyen tersebut. 

Sesampai di Bandar Seri Begawan Brunei Darussalam Selasa lalu, beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah akhbar The Brunei Times dan kemudiannya menghadiri majlis makan malam bersama Pengarah Eksekutif Abdul Razak Holdings Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Abdul Karim. 

Semalam Naib Canselor menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).  KUPU SB diwakili oleh Ra'esnya Dr Hajjah Masnon binti Haji Ibrahim dengan disaksikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Yang Mulia Pengiran Dato' Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.    

Menurut Omar, melalui penandatanganan dokumen persefahaman ini, USM melalui Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan KUPU SB untuk menjalankan program pasca siswazah untuk membina kapasiti perguruan yang meluas dalam pelbagai bidang pembangunan Islam di samping membantu untuk merealisasikan program penyelidikan dalam pelbagai bidang sehala seperti penyelidikan pengurusan pembangunan integrasi yang dijalankan di ISDEV. 

Tambahnya lagi, kedua-dua pihak juga akan bekerjasama dalam bidang latihan membina kemahiran pelbagai termasuk khidmat komuniti untuk bakal pendidik dalam bidang perguruan agama. 

Turut mengikuti sama ialah Pengarah ISDEV, Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh dan Penasihat Undang-undang Khairul Anuar Che’ Azmi. Turut hadir ialah Pemangku Duta Malaysia ke Brunei Haznah Md Hashim.

120913-2

1236110 10202031753859792 21951452 n

Pada sebelah petangnya, Naib Canselor mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal-Ehwal Agama Brunei Darussalam Y.B. Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.  Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Yang Mulia Pengiran Dato' Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Setiausaha Tetap Kementerian YM Awang Haji Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Mohd Yusof. Teks: Mohamad Abdullah 

  • Created on .
  • Hits: 1651

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024