USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HUJAN TIDAK MENGHALANG LEBIH 200 MAHASISWA TEROKAI TAMAN REKREASI

080913-1

PULAU PINANG, 8 September 2013 - Hujan lebat yang turun tidak menghalang kira-kira 200 orang mahasiswa USM untuk menerokai lembah dan denai sekitar Taman Rekreasi Universiti Sains Malaysia (USM) yang terletak di belakang Kompleks Desasiswa Restu-Saujana-Tekun.

Bersama-sama Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Profesor Dr. Adnan Hussein, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dr. Muhamad Jantan dan isteri, Ombudsman Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar serta beberapa orang dekan dan para pegawai kanan universiti, mereka meredah hujan yang turun dalam perjalanan, kembali berehat seketika dan apabila hujan teduh, mereka kembali menerokai tanpa rasa letih, penat atau putus asa.

080913-2

080913-3

Mereka dengan penuh semangat melangkah untuk bergotong royong dan melihat dari dekat pohon-pohonan, dusun durian, deru air yang mengalir tenang dan kehijauan alam yang ada dalam Taman Rekreasi, sambil menghulur tangan saling membantu ketika melalui tanah yang licin, bergembira dan bersama-sama berikrar untuk kembali semula melakukan aktiviti di sini.

Mereka berkongsi daun pisang dan payung dalam menghadapi basah air hujan yang turun dalam suasana riang sambil menghadapinya dengan tenang.

080913-4

080913-5

Pada masa yang sama, Naib Canselor dan kepimpinan universiti sabar melayani permintaan bergambar dan melayan apa jua kehendak anak-anak muda ini dalam suasana sangat santai dan kekeluargaan tanpa mengira siapa, satu transformasi pemikiran luar biasa yang meruntuhkan apa jua tembok menghalang hubungan akrab yang ada.

Anak-anak muda ini penuh bersemangat untuk bersama-sama meneruskan legasi sebuah Menari Ilmu dan memberi makna kepada pembangunan dan kemerdekaan negara.

080913-6

 

Syabas kepada semua anak muda ini dan tahniah kepada kepimpinan yang menunjukkan tauladan tentang ertinya sebuah keluarga besar, yang saling bersatu tenaga dan pemikiran untuk masa hadapan yang penuh bermakna sebagai negara berdaulat, tanah tumpahnya darah.

080913-7

080913-8

080913-9

Melihat Naib Canselor membantu pelajar merakam foto sambil menuruni tangga dari Taman Rekreasi dan pelajar-pelajar pelbagai kaum melambai tangan kepada Naib Canselor ketika meninggalkan Taman Rekreasi terasa keakraban yang ikhlas tanpa dirancang dan mesra, terasa inilah keluarga besar Universiti Sains Malaysia! - Teks: Mohamad Abdullah

080913-10

DSC 0104

  • Created on .
  • Hits: 1701

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024