USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TERUSKAN KOMITMEN DAN TINGKATKAN USAHA

050913-e

PULAU PINANG, 5 September 2013 – Hujan renyai-renyai yang membasahi bumi Universiti Sains Malaysia sepanjang program Walkrobic dilangsungkan sedikit pun tidak menghalang mahasiswa mahasiswi beriadah sambil mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Program yang berlangsung meriah itu diserikan lagi dengan kehadiran maskot-maskot yang mewakili setiap desasiswa, dimana setiap daripada mereka ditonjolkan menerusi pemakaian kostum yang berwarna-warni dan telatah yang mencuit hati.

050913-f

Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman, yang juga sanggup meredah hujan demi bersama 'anak-anak' tersayang, turut teruja dan menyifatkan program seumpama ini mampu mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum dan mempertahankan sifat menghormati antara satu sama lain.

"Yang penting, komitmen yang diberi harus dikekalkan pada tahap terbaik, kerana itu akan menjadi penanda aras untuk kita terus maju ke hadapan," kata Omar.

050913-g

Tambahnya lagi, para mahasiswa-mahasiswi perlu sentiasa berusaha gigih dan mempelbagaikan keupayaan diri, demi memastikan mereka tidak akan ketinggalan jauh dalam dunia yang serba moden ini.

Disamping itu, beliau turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada seluruh tenaga kerja yang menjayakan Minggu Siswa Lestari sambil menyifatkan pengorbanan tenaga dan masa yang dicurahkan amat dihargai oleh Universiti.

DSC 0247

Dalam majlis yang sama, Omar turut menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pemenang kategori Slogan / Banner Terbaik yang dimenangi Desasiswa Restu, Persembahan Terbaik (Tekun) dan Maskot Terbaik (Fajar Harapan). Teks / Foto : Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 1190

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024