USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USAHA PERKASAKAN ISDEV DAN WAKAF

301213-2301213-1

PULAU PINANG, 26 Disember 2013 - Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) di Universiti Sains Malaysia (USM) akan dipertingkatkan keupayaan dan kolaborasinya pada peringkat dunia serta berusaha membangunkan program wakaf untuk menjadi model dalam usaha yang berkaitan.

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman  menerima kunjungan rasmi Pengarah Eksekutif Abdul Razak Holdings (ARH), Negara Brunei Darussalam Yang Mulia Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato' Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman Haji Abdul Karim hari ini untuk membantu merealisasikan hasrat tersebut.

Beliau adalah tokoh ekonomi dan korporat terkemuka negara Brunei.

 

Dalam kunjungan tersebut USM dan ARH berhasrat untuk bersama-sama memajukan wakaf ISDEV di dalam kampus induk USM.

Hadir dalam perbincangan tersebut ialah ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti termasuk Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Pendaftar serta Pengarah ISDEV Profesor Dr Muhamad Syukri Salleh. Teks: Nor Rafizah Md Zain 

  • Created on .
  • Hits: 1289

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024