USM TUAN RUMAH BENGKEL BIOINFORMATIK PERTAMA
PULAU PINANG, 16 Disember 2013 - Bengkel Bioinformatik pertama yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan PPSK, Profesor Madya Dr Amirul Al-Ashraf Abdullah.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada aktiviti penyelidikan dan akademik di antara RIKEN dan USM. USM telah mempunyai lebih daripada 10 orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian atau sedang menjalankan pengajian di peringkat PhD di RIKEN di bawah Program Siswazah Bersama, yang juga dikenali sebagai International Programme Associate (IPA).
Selain IPA, makmal kerjasama RIKEN-USM Joint Laboratory for Bioprobes Discoveryjuga telah ditubuhkan di USM untuk memberikan latihan praktikal kepada pelajar-pelajar dan kakitangan USM selain dibuka juga kepada mereka yang berminat.
Menyedari bahawa Bioinformatik merupakan asas penting dalam pelbagai bidang kajihayat, ianya telah dipilih sebagai tema dan subjek untuk bengkel pada kali ini.
Bengkel ini menyediakan peluang kepada para peserta untuk lebih memahami cara bagaimana menggunakan sumber dalam talian, the next generation of sequencing and genomic sequence assembly, ramalan dan analisis fungsi gen, pensekuenan dan analisis asid ribonukleik (RNA), dan rekonstruksi lintasan metabolik.
"Bengkel ini mungkin akan dijadikan acara tahunan kerana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan,” kata Amirul.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penasihat Bengkel, Profesor Dr K. Sudesh Kumar, Pelatih Bengkel RIKEN, Dr Todd Taylor, dan penyelaras-penyelaras bengkel iaitu Dr Shinji Kondo dan Dr Tulika Prakash. - Terjemahan: Siti Faizah Abd Halim/Teks & Foto: Yong Check Yoon
- Created on .
- Hits: 1077