USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA USM DISERU JADI CONTOH PERPADUAN KAUM

1-1412132-1412133-141213DSC 0839DSC 0882DSC 0890 

PULAU PINANG, 17 Disember 2013 - Festival Cahaya anjuran Persatuan Kebudayaan India USM (PKIUSM) yang berlangsung hujung minggu lalu mendapat sambutan dari dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum di kampus.

"USM dan seluruh warganya seharusnya menjadi contoh dalam perpaduan kaum yang erat untuk hidup bersama-sama dengan aman sejahtera seperti mana ditunjukkan selama ini," kata Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Naib Canselor USM ketika berucap merasmikan acara tersebut.

Menurutnya, USM sentiasa berusaha memastikan keharmonian itu terpelihara dan acara seperti Festival Cahaya berupaya merealisasikan usaha ini dengan lebih berkesan dan perlu diperbanyakkan bagi membolehkan pemahaman budaya yang lebih bermakna dalam kalangan warganya.

Naib Canselor USM memuji usaha dan inisiatif yang diambil oleh PKIUSM dan mengharapkan persatuan-persatuan pelajar lain akan turut mencontohinya.

Sementara itu, Presiden 1Malaysia Students Movement, Mahaganapathy Dass berkata, mahasiswa wajar memahami dan menghargai konsep sesebuah universiti itu sendiri yang menggambarkan kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi inti pati perpaduan.

"Saya ingin tegaskan bahawa konsep 1 Malaysia sangat penting kerana ia dapat eratkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini dan saya menyeru marilah kita berganding bahu untuk memelihara kedamaian dan kesejahteraan negara," katanya lagi.

Hadir sama ialah Penasihat PKIUSM Profesor Dr. Sureswaran Ramadass dan Pengarah Projek Jayani a/p Rajamanikam serta pemimpin-pemimpin pelajar termasuk wakil Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Naib Canselor turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan fotografi dan beberapa pertandingan lain yang diadakan sempena acara tersebut. - Teks: Mohamad Abdullah/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1395

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024