USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPIP CIPTA KEJAYAAN DENGAN KEMENANGAN KETIGA BERTURUT-TURUT DALAM SCC 2026

USM PULAU PINANG, 26 April 2026 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah muncul juara buat kali ketiga berturut-turut selepas menjuarai School Champion Cup (SCC) 2026 Universiti Sains Malaysia baru-baru ini.

Kemenangan tersebut diraih dengan penuh gemilang selepas lebih dua minggu saingan berlangsung, termasuk perlawanan akhir yang menyaksikan mereka menewaskan PPSK FC menerusi penentuan sepakan penalti.

Pasukan juara bukan sahaja membawa pulang Piala SCC malah turut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000.00.

Dalam majlis penutupan, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya meraih kemenangan.

Beliau berkata dalam ucapannya, “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada juara kita, bakal guru masa hadapan daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, PPIP FC.”

Pengurus pasukan PPIP FC, Nik Mohammad Rozamzuri Raja Mahmood, turut melahirkan rasa penghargaan kepada para pemain pasukannya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain kerana telah memberikan 100 peratus komitmen malam ini dan mempercayai saya sebagai pengurus pasukan ini,” kata Rozamzuri.

Pengurus pasukan naib juara, PPSK FC, Anwar Mohamed Noor turut berkongsi kata-kata semangat kepada pasukannya.

“Perlawanan ini sangat baik. Walaupun kami tewas menerusi sepakan penalti, para pemain telah memberikan yang terbaik dan saya amat berbangga dengan pasukan saya,” ujar Anwar.

Secara keseluruhannya, SCC 2026 bukan sahaja memperlihatkan semangat kesukanan dan kemahiran yang tinggi dalam kalangan pelajar USM, malah turut membantu membentuk nilai kerja berpasukan dan semangat setiakawan dalam persekitaran sukan yang sihat.

Teks Asal: Sara Hannah Sahan Shah, House of Media (HOMe@MPRC), USM/Terjemahan: Mazlan Hanafi Basharudin/Foto: Sara Hannah Sahan Shah, Etasha Elena Kumar & Chin Pui Khong, House of Media (HOMe@MPRC), USM

  • Created on .
  • Hits: 55

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025