WARGA USM HARUM NAMA MALAYSIA DALAM SUKAN SEA
PULAU PINANG, 17 Dis. 2013 – Lim Chee Wei, pelajar dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) mengharumkan nama negara apabila berjaya menyumbang dua pingat emas buat kontinjen negara dalam acara berpasukan Karate Tuai di Temasya Sukan Sea di Stadium Tertutup Wunna Theik, Myanmar, baru-baru ini.
Lim Chee Wei muncul wira apabila menyumbangkan kedua-dua pingat emas tersebut menerusi acara individu dan berpasukan.
Dalam temasya tersebut, skuad karate negara mempamerkan aksi cemerlang dengan menghadiahkan dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa.
Edisi ke-27 Sukan SEA yang kini sedang berlangsung di Myanmar dari 11 hingga 22 mempertandingkan 33 jenis sukan dan menawarkan 460 pingat emas. Teks: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 1267