KEPELBAGAIAN BANGSA DARI SERATA DUNIA DI USM
PULAU PINANG, 3 Disember 2013 - Minggu Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USMIW) 2013 telah dirasmikan oleh Pro Canselor USM Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan dimeriahkan dengan kehadiran pelajar antarabangsa yang lengkap berpakaian tradisional negara masing-masing.
Mustafa berkata, tahun ini adalah tahun kelima USMIW diadakan dan untuk tahun ini sahaja, acara ini telah diadakan sebanyak tujuh kali.
"Acara seperti ini akan menggalakkan pelajar dari pelbagai budaya untuk bekerjasama dalam menuju kepada matlamat yang sama," katanya.
USMIW diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 2011 dengan objektif awal adalah untuk membawa merapatkan hubungan para pelajar yang datang dari ASEAN dan bermula dari 2013, ia melibatkan pelajar yang datang dari negara-negara lain juga.
Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr Omar Osman, acara pada tahun ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pelajar Tanpa Asrama USM (PETAS), Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah USM, Pejabat Antarabangsa USM dan AIESEC.
"Acara ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan program "Internationalisation at Home" dalam memperkenalkan budaya dunia kepada pelajar dan staf USM," kata beliau sambil menambah bahawa sehingga sekarang, penghuni yang menetap di dalam kawasan USM terdiri daripada mereka yang berasal daripada lebih 60 negara yang berlainan.
Turut mengambil bahagian dalam USMIW 2013 adalah Walailak University (Thailand), National Economic University (Vietnam), dan Universiti Srivijaya (Indonesia).
Antara yang ditonjolkan di USMIW 2013 adalah Pameran Gerai Budaya, Pesta Makanan Antarabangsa, pelbagai jenis permainan, Festival Filem Antarabangsa, dan Gala Malam Kebudayaan sebagai acara kemuncak pada 7 Disember di Dewan Tuanku Syed Putra USM.
Terjemahan: Siti Faizah Abd Halim/Teks: Yong Check Yoon/Foto: Mohamad Danial Shahri
- Created on .
- Hits: 985