USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA AKADEMIA–INDUSTRI PACU PENEMUAN KOS-EFISIEN DALAM KAWALAN LEGIONELLA

663299275 1477103241123087 2599376754360615822 n

KUALA LUMPUR, 7 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi membuktikan keupayaan penyelidikannya dalam menghasilkan inovasi berimpak tinggi melalui kerjasama dengan ESK Florida Sdn. Bhd. di bawah inisiatif Public-Private Research Network (PPRN).

Projek tersebut menjadi tumpuan utama di Persidangan PPRN yang berlangsung di Wyndham Bangsar, dengan kehadiran kira-kira 500 peserta daripada pelbagai sektor.

663393084 1477103061123105 8601936959654275786 n

Kerjasama yang diketuai oleh Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral USM itu, memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah kawalan bakteria Legionella dalam sistem rawatan air menara penyejuk.

Menara penyejuk sering dikenal pasti sebagai faktor risiko penularan Legionella kerana keupayaannya menghasilkan aerosol daripada air tercemar.

Rawatan sedia ada berasaskan bahan kimia konvensional sering menimbulkan isu biofilem, kakisan, dan kos penyelenggaraan yang tinggi.

663312425 1477102811123130 4168139671316555554 n

Melalui pengoptimuman bahan elektrod ionisasi, pasukan penyelidik berjaya meningkatkan kestabilan dan keberkesanan pelepasan ion antimikrob.

665534996 1477103354456409 8272606478893477321 n

Hasil ujian lapangan menunjukkan pengurangan ketara biofilem, peningkatan kejernihan air, serta kawalan konsisten terhadap pembentukan kerak dan alga.

Inovasi tersebut membolehkan peralihan kepada model rawatan bebas bahan kimia, sekali gus menyokong operasi lebih lestari dan mematuhi peraturan semasa pelepasan bahan kimia.

662474082 1477103261123085 7108207027595641065 n

Dari sudut ekonomi, projek tersebut memberikan penjimatan sehingga dua kali ganda dalam kos elektrod kepada pengguna akhir, manakala ESK Florida turut melaporkan pengurangan besar dalam kos bahan guna habis.

665913041 1477103141123097 4405173368191650963 n

Kejayaan tersebut mengukuhkan kedudukan kompetitif syarikat tanpa menjejaskan prestasi produk.

Projek tersebut disempurnakan dalam tempoh enam bulan, dari Ogos 2023 hingga Februari 2024, merangkumi fasa konsep, integrasi prototaip, ujian lapangan, dan pengkomersialan.

Penggunaan segera elektrod aloi teroptimum dalam barisan produk ESK Florida membuktikan keberkesanan kerangka PPRN dalam mempercepatkan inovasi sedia pasaran (market-ready innovation).

668666145 1477103301123081 754393253210762953 n

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, mengulas: “Kerjasama ini membuktikan bagaimana universiti boleh melangkaui penyelidikan teori untuk menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan dengan industri. Melalui platform seperti PPRN, kita sedang memperkukuh ekosistem inovasi yang memberi manfaat langsung kepada industri, masyarakat, dan negara.”

666448846 1477103131123098 5866053507987993796 n

Menurut Srimala pula, “Kerjasama USM–ESK Florida ini menjadi contoh jelas bagaimana penyelidikan berfokus dan berpandukan data, apabila diselaraskan dengan keperluan industri serta disokong oleh kerjasama berstruktur, mampu menghasilkan penyelesaian berskala dengan impak bermakna kepada negara.”

665926632 1477103281123083 676598687677707301 n

665905050 1477102677789810 6736235929659153479 n

Persidangan PPRN turut menampilkan 20 projek siap, pameran, dan forum teknikal melibatkan agensi kerajaan, SME Corp, dan institusi penyelidikan, sekali gus memperkukuh agenda nasional berteraskan penyelesaian tempatan yang berdaya tahan.

Sumber: Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral, USM/ Teks Asal: Privinkumar Jayavanan, Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM/ Terjemahan: Tan Ewe Hoe/ Foto: Muhamad Faris Dawisy Mohammad Rafiq, Pusat Media & Perhubungan Awam (MPRC), USM

  • Created on .
  • Hits: 67

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025