USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KONSERT JAZZ BAND TAMPIL KELAINAN

3-3011132-3011131-301213

PULAU PINANG, 30 November 2013 – Konsert Universiti Sains Malaysia Jazz Band (USMJB) 2013 yang bertemakan “From Classical to Jazz Pop” menampilkan kelainan dengan melibatkan tiga buah organisasi bersama menjayakan konsert tahunan kali ke-17 tersebut. Organisasi yang terlibat ialah SRJK (T) Subramaniya Barathee (SRJKTSB), The Association of Resource and Education for Autistic Children (REACh) dan SMK (P) St. George (SMKSG) di mana sebelum ini mereka menjalinkan kerjasama bersama USM.

“Pada tahun ini, kami tampilkan kelainan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar di samping menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan sebahagian hasil penjualan tiket kepada tiga buah organisasi,” kata Pengarah Projek, Ng Soon Sun.

Sumbangan tersebut masing-masing berjumlah RM1,600.00 disampaikan kepada SRJKTSB, REACh dan SMK Guar Chempedak oleh Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr See Ching Mey.  Beliau juga turut merasmikan konsert tersebut bersama penaja utama iaitu wakil dari Fulian (M) Sdn Bhd.

Acara tahunan ini melibatkan 100 orang pemuzik termasuk tujuh orang pemuzik dari Prince Songkhla University, Thailand, SMKSG dan USM 24 Chinese Drum. Di antara alat muzik yang dimainkan ialah Ukelele, Bass Trombone, French Horn, Tenor Saxophone dan Flute.

Sebanyak 20 buah lagu dipersembahkan termasuk USMJB Overture-Big Band Salade Prelude, A Song for VV, Jazz Etudes, Zheng Fu, Melodi dan The Prayer. Penampilan khas SRJKTSB dan REACh di dalam Finale: Potpourri –Marches Parody dengan lagu Jalur Gemilang dan The Lion Sleeps Tonight secara medley.

Menurut Penasihat USMJB yang juga konduktor muzik, Profesor Madya Dr. Razif Mohd penampilan khas tersebut sangat memberangsangkan serta pendedahan sebegini sangat penting kepada golongan ini yang jarang diperhatikan dan diberi peluang.

Turut hadir ialah isteri Naib Canselor, Datin Noraizan Jamaludin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan isteri, isteri Mantan Naib Canselor, Puan Sri Masrah Abidin dan Dekan Pusat Pengajian Seni, Profesor Madya Mohamad Omar Bidin.  Teks: Nor Rafizah Md Zain / Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 1065

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024