USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RANGKUL DUA HADIAH UTAMA OIC

IMG 8210IMG 81891454567 667603289946303 1462283198 n

KUALA LUMPUR, Disember 2013 – Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) merangkul dua hadiah utama Open Ideas Competition (OIC), Langkawi Cycling and Recreational Centre (Langkawi CRC) bersempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013.

OIC dianjurkan oleh Persatuan Keluli Struktur Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar seni bina dan kejuruteraan di Malaysia untuk bekerjasama dalam merekabentuk bangunan menggunakan keluli sebagai struktur dan kemasan utama.

Hadiah pertama dimenangi oleh para pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP), Mohd Aliff Izuan Md. Yasin, Atikah Norlaili Abdul Halim, Andre Kueh Richard Mering, Norma Jean Ariffin, Tan Kwang Yew, Tan Kang Chin, Kenny Chia serta Yeo Jia Bin dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000.00. Kumpulan ini diselia oleh Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Hassan, Dr. Izwan Johari, Dr. Fatimah Denan, Dr. Mazran Ismail, Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa dan Wan Mariah Wan Harun manakala pemenang tempat kedua membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000.00.

Hadiah-hadiah telah disampaikan pada satu majlis makan tengahari baru-baru ini dan turut hadir adalah Dekan PPPBP, Profesor Madya Dr. Aldrin Abdullah dan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Selain itu, OIC juga bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kepentingan dua bidang tersebut serta merapatkan jurang antara pengajaran seni bina dan kejuruteraan struktur.

LTdL adalah acara tahunan berbasikal antarabangsa merentasi Semenanjung Malaysia dan para pelajar perlu mewujudkan satu konsep seni bina merangkumi sistem struktur, kelestarian, pemilihan tapak dalam menyediakan kemudahan rekreasi. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan penggunaan bahan utama iaitu keluli secara kreatif, mesra Orang Kelainan Upaya serta menerapkan konsep Green Building Strategy. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Hassan

  • Created on .
  • Hits: 1628

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024