USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYELIDIK USM MENYINAR DI ITEX 2026, RANGKUL ‘ENAM DARIPADA ENAM’ PINGAT EMAS

KUALA LUMPUR, 19 Mei 2026 – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia sekali lagi mencipta kecemerlangan apabila berjaya merangkul enam pingat emas daripada enam penyertaan pada 37th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2026.

Berlangsung dari 18 hingga 20 Mei 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre, ITEX 2026 merupakan platform utama bagi para penyelidik dan inovator mempamerkan ciptaan serta teknologi mereka kepada pihak berkepentingan utama termasuk pelabur dan pemodal teroka bagi potensi peluang pengkomersialan.

Selain mencapai kejayaan cemerlang dengan kadar kemenangan pingat sebanyak 100 peratus, empat penyelidik USM turut menerima anugerah khas berprestij iaitu Asian Invention Excellence Award, Best SME Innovative for Intellectual Property (IP) Award Category for AI/Agriculture Sectors, JIPA Award for Best Invention in Information, Communication Technology, serta Innovation Excellence Award yang dianugerahkan oleh Umm Al-Qura University, Makkah.

Empat penyelidik yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut ialah Profesor Madya Dr. Tan Joo Shun, Dr. Hasber Salim, Profesor Madya Ts. Dr. Shankar Karuppayah, dan Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan.

Enam penyelidik USM bersama inovasi yang memenangi anugerah adalah seperti berikut:

1. Profesor Ir. Dr. Srimala Sreekantan (Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral) - Polynex BioCompostable Mulch Film – Memajukan Pertanian Lestari melalui Inovasi Biomas.

2. Profesor Madya Dr. Tan Joo Shun (Pusat Pengajian Teknologi Industri) - Lassica K014 – Smart Postbiotic K014: One Solution for Antimicrobial Defense, Gut Health and Skin Repair.

3. Profesor Madya Dr. Rafidah Zainon (Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, PKTAAB) - EcoShield-X – Bata Nano-Komposit Tanpa Plumbum Berkonsep Interlocking untuk Perisai Sinar-X dan Sinar Gamma; pembangunan prototaip bata komposit polimer berasaskan tungsten karbida yang mesra alam dan ringan dengan pengisi nano untuk perlindungan radiasi.

4. Profesor Madya Ts. Dr. Shankar Karuppayah (Pusat Pengajian Sains Komputer) - OwlSight – Pusat Operasi Keselamatan Luar untuk PKS.

5. Dr. Hasber Salim (Pusat Pengajian Sains Kajihayat) - TITO™ BOX v3 – Pembangunan Sistem Tarikan Bioakustik Bersepadu dengan Kotak Sarang Burung Hantu Berdasarkan Penyelidikan.

6. Dr. Ahmad Fakrurrozi Mohamad (Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, PKTAAB) - HyBIRT (Hybrid Brachytherapy followed by Intensity-Modulated Radiation Therapy) Protocol – Protokol terapi radiasi untuk pemeliharaan organ bagi kanser skuamus lidah oral.

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.56

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.35

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.34 1

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.34

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.37

WhatsApp Image 2026 06 08 at 16.54.37 1

Menurut Pengarah Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC), Profesor Dr. Mohd Hazwan Hussin, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkukuh kecemerlangan inovasi, penyelidikan berimpak tinggi, dan pengkomersialan teknologi yang dibangunkan universiti bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti.

Beliau berkata, inovasi yang dihasilkan oleh universiti perlu terus diketengahkan dan diberi pengiktirafan agar dapat diterjemahkan secara efektif sebagai penyelesaian kepada cabaran sebenar yang dihadapi oleh pihak industri dan masyarakat.

“Harapan kami agar inovasi hasil penyelidikan universiti dan pertandingan seperti ITEX ini dapat terus diperkasa, diterima serta diketengahkan untuk tujuan pengkomersialan supaya mampu memberikan penyelesaian yang bermakna kepada permasalahan industri dan komuniti,” katanya.

ITEX 2026 menerima kira-kira 700 penyertaan daripada universiti awam dan swasta, institusi penyelidikan serta pemain industri dari seluruh negara.

Pameran tersebut menampilkan hasil ciptaan merangkumi 15 klasifikasi pameran dan tujuh kategori pertandingan berkaitan inovasi dan teknologi.

ITEX kekal sebagai pertandingan dan pameran inovasi, ciptaan serta teknologi paling lama dianjurkan di Malaysia dan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan penyelidikan, kreativiti, dan pengkomersialan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Teks: Nur Farrah Ezlin Mohd Suhaimi, Pusat Inovasi dan Perundingan (CIC), USM

  • Created on .
  • Hits: 161

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025