USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM - IKON BELIA BUMIPUTERA 2013

20131130 162152a

Pulau Pinang, 5 Disember 2013 – Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Sr. Dr. Md Azree Othuman Mydin dianugerahkan Tokoh IKON Belia Bumiputera kategori Profesional dan Akademik oleh Jabatan Perdana Menteri.

Md Azree Othman Mydin, Pensyarah dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM3000, sijil penyertaan dan cenderahati tulisan khat.

Anugerah disampaikan oleh Dato’ Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, di Dewan Besar UiTM Pulau Pinang.

Azree memiliki Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Sivil dari University of Manchester, seorang yang bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan Kesukarelawanan. Beliau adalah ahli tertinggi World Organization of Building Official, United Nation dan juga Presiden untuk UNICEF UK (Fit Frenzy For Palestine) termasuk sebagai ahli sukarelawan UNICEF (United States Fund).

Azree adalah Pengerusi Rancangan Ukur Bahan (2013 – 2015) dan beliau pernah merangkul ‘Best Paper Award – Potential in Foamcerete Technology” di Manchester, UK.

Universiti Sains Malaysia juga pernah menganugerahkan beliau Pingat Emas Pelajar Terbaik Kesuluruhan Tahun Akhir USM.

Atas dasar itu beliau dipilih sebagai IKON Bumiputera Pulau Pinang pada tahun ini oleh Jabatan Perdana Menteri.

Turut mengharumkan nama USM adalah Manzoor Azwira Abd. Wahid, staf dari Pejabat Pemajuan dan Perhubungan Alumni, USM apabila beliau berjaya dipilih sebagai IKON Bumiputera Pulau Pinang 2013 Kategori Sukan.

manzoor

Manzoor yang juga aktif dalam sukan bola sepak tanah air merupakan antara bekas pemain Kebangsaan (Piala AFC 2006), Pulau Pinang, KM Naza FC dan Pasukan Perlis yang berjaya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004.

Sehingga kini beliau antara tenaga utama membawa skuad Pulau Pinang kembali ke kancah Liga Perdana musim depan apabila menjuarai Liga FAM musim lalu.

Program IKON Belia Bumiputera merupakan salah satu inisiatif strategik dalam Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (Pembangunan Wanita, Belia dan Kesejahteraan Rakyat untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas kecemerlangan yang dicapai oleh belia bumiputera Pulau Pinang dalam bidang masing-masing agar menjadi pendorong kepada belia-belia lain untuk berjaya. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 2208

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024