USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR PPIP USM TERSENARAI DUA TERBAIK DALAM PERTANDINGAN INOVASI PINANG’26

IMG 3685

USM PULAU PINANG, 8 Mei 2026 - Sekumpulan enam pelajar tahun satu dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) melakar kejayaan membanggakan apabila tersenarai di kedudukan dua pasukan terbaik dalam Pertandingan Inovasi PINANG’26 yang berlangsung baru-baru ini.

IMG 3686

Dengan membawa visi ‘Future Borderless Learners’, kejayaan berkenaan diraih melalui Pembangunan Produk Digital Mudah Alih yang mengangkat tema Inovasi Pendidikan dalam Ekosistem Bakau.

IMG 3687

Pencapaian meraih 1 pingat emas dan lima perak itu turut mencerminkan kecemerlangan warga USM dalam mengintegrasikan teknologi pendidikan dengan agenda kelestarian global, iaitu;

IMG 3689

  • Pendidikan Tanpa Sempadan (SDG 4): Memperkasakan akses pembelajaran berkualiti melalui inovasi digital yang interaktif dan mudah alih, sesuai dengan keperluan generasi masa hadapan.

  • Pemuliharaan Khazanah Laut (SDG 14): Menggunakan kreativiti digital untuk memupuk kesedaran mendalam mengenai kepentingan Ekosistem Bakau kepada masyarakat dan murid sekolah rendah.

Kemenangan dalam kategori jemputan luar yang dilakar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang itu turut menzahirkan kewibawaan mahasiswa tahun pertama PPIP USM sebagai pengguna teknologi yang bukan sahaja celik digital, malah peka terhadap kelestarian alam semula jadi dunia.

Teks dan Foto: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

  • Created on .
  • Hits: 205

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025