USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FESTIVAL JEPUN USM 2013 DAPAT SAMBUTAN

2-2211131-221113

PULAU PINANG, 22 November 2013 – Festival Jepun 2013 anjuran bersama Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Persatuan Bahasa Jepun USM (PBJUSM) dan Konsulat Jepun di Pulau Pinang (KJPP) mendapat sambutan yang menggalakkan.  Malam persembahan tersebut dihadiri lebih 500 orang pelajar walaupun tiket masuk dikenakan bayaran RM10.00.

Sambutan yang menggalakkan ini adalah sebagai satu tanda sokongan kepada aktiviti anjuran pelajar dan ini dapat menggalakkan penganjuran pada setiap tahun. Malam Festival yang bertemakan Sakura telah diserikan dengan persembahan-persembahan yang hebat termasuk tarian Yosakoi, persembahan Cosplayer, pertunjukkan silap mata dan fesyen.

Menurut Pengarah projek, Lee Yi Zhe, bunga sakura di pilih kerana ia melambangkan keindahan rohani dan bagi mendekatkan penonton dengan negara Jepun. Tema untuk pertandingan melukis Anime juga bertemakan Kasih Sayang dan Sahabat yang berteraskan Sakura.

“Saya sungguh teruja dengan sambutan yang menggalakkan pada malam festival tersebut dan juga dalam pertandingan melukis anime. Ini menunjukkan para pelajar kita selain menumpukan pada pelajar aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian  juga menarik minat semua,” kata Lee.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey.

See berkata USM tidak pernah jemu bekerjasama dengan Konsulat Jepun dalam menganjurkan pelbagai aktiviti serta program sebegini adalah salah satu cara untuk memahami dan mempelajari budaya negara Jepun. Dengan kefahaman budaya yang ada, kita dapat menjalinkan persahabatan dengan lebih erat lagi.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Informasi dan Kebudayaan KJPP, Kenichi Nishizawa, Penasihat PBJUSM Yeoh Lee Su dan Presiden PBJUSM, Tan Lee Kiong.

Bermula 18-22 November, pelbagai aktiviti dijalankan seperti Japanese Food Fair, pameran keindahan budaya Jepun serta pertandingan melukis Anime yang mana pemenang ditentukan oleh 50% undian pengunjung dan 50% panel penilai. Teks: Nor Rafizah Md Zain / foto: Mohamad Danial Shahri

 

 

  • Created on .
  • Hits: 1224

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024