USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR IPPT TERIMA BIASISWA AGONG

Agong Scholarships 26Agong Scholarship 1

BERTAM, 19 Nov. 2013 – Pelajar Sarjana Sains Biomedicine (Molecular and Cellular Biology), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mendapat biasiswa tajaan daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pelajar berkenaan, Leong Yin Yee yang menjadi penerima tunggal bagi USM menerima biasiswa tersebut dalam majlis khas yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Almu’Tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 30 Oktober lalu.

Pada majlis yang sama Yang Dipertuan Agong telah berkenan untuk menyampaikan biasiswa kepada seramai 12 orang penerima yang terdiri daripada enam orang penerima di peringkat Doktor Falsafah manakala selebihnya adalah di peringkat Ijazah Sarjana.

Dalam sesi temubual, Yin Yee menegaskan beliau amat terharu dan teruja dengan kejayaan tersebut, apatah lagi kriteria yang ditetapkan bukan mudah untuk dicapai.

``Saya amat berterima kasih kepada keluarga, penaja, USM dan penyelia pengajian. Saya juga akan terus berusaha untuk menyempurnakan pengajian dengan cemerlang dan memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang kajian kardiovaskular,’’ ujarnya.

Yin Yee mengambil bidang Sarjana Sains Biomedicine (Molecular and Cellular Biology) di bawah seliaan Dr. Tan Jun Jie daripada Kluster Perubatan Regeneratif IPPT.

Ketika ditanya apakah kriteria permohonan biasiswa ini beliau menyatakan calon mestilah warganegara Malaysia, umur tidak melebihi 30 tahun sewaktu memohon, memegang ijazah sarjana muda/sarjana dengan minimum CGPA 3.75 daripada universiti yang diiktiraf.

Tambahnya, pemilihan turut dibuat dalam kalangan pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan kelebihan diberikan kepada pemohon yang boleh bertutur bahasa ketiga antarabangsa.

``Selain itu, antara kelebihan lain yang turut diambil kira adalah pemohon perlu mendapat tempat di universiti tempatan ataupun universiti terkenal (Ivy League) luar negara, selain perlu berkhidmat di Malaysia sekurang-kurangnya 5 tahun selepas tamat pengajian sebagai syarat,’’ katanya. Teks/Foto: Ehsan IPPT

  • Created on .
  • Hits: 1249

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024