USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026  

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 1

NIBONG TEBAL, 16 April 2026 - Kejohanan Varsity Sports Championship (VSC) 2026 yang dilancarkan hari ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pembangunan sukan berprestasi tinggi di institusi pengajian tinggi (IPT), sekali gus berperanan sebagai medan strategik dalam melahirkan atlet mahasiswa yang berupaya bersaing di peringkat antarabangsa.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 2

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata, VSC merupakan model baharu penganjuran acara sukan yang dijenamakan semula daripada Program Sukan Utama yang telah dilaksanakan oleh kementerian sejak tahun 2010.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 3

Menurut beliau, VSC yang mula diperkenalkan pada tahun 2025 memberi penekanan kepada penganjuran acara sukan yang konsisten serta berprestasi tinggi bagi memastikan tahap keupayaan atlet IPT sentiasa berada pada tahap terbaik untuk bersaing di peringkat tertinggi.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 4

Beliau berkata, kejohanan tersebut turut berfungsi sebagai medium utama dalam penyediaan atlet berpotensi untuk menyumbang pingat pada temasya sukan antarabangsa seperti ASEAN University Games (AUG), Sukan Universiti Dunia (WUG), Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 5

“Bagi tahun 2026, VSC menjadi platform pertandingan yang amat berkesan, khususnya dalam persediaan Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN University Games (AUG) 2026 yang dijadual berlangsung pada penghujung tahun ini,” katanya.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 6

Beliau turut berharap agar semua program dan kejohanan di bawah VSC, termasuk Sirkit 1 Varsity Sepak takraw League yang sedang berlangsung serta Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT), dapat memberikan impak yang signifikan terhadap peningkatan prestasi atlet IPT sepanjang tahun ini.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 7

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, universiti berbesar hati menerima amanah sebagai tuan rumah Sirkit 1 Varsity Sepak takraw League (Zon Utara) yang menghimpunkan atlet sepak takraw daripada pelbagai universiti di seluruh negara dari 14 hingga 18 April 2026 di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 7

Menurut beliau, USM sebagai sebuah universiti awam sentiasa menyokong aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh pembangunan sukan di peringkat institusi pengajian tinggi, antaranya dengan menyediakan ruang dan platform yang sesuai bagi membolehkan program seumpama ini dilaksanakan secara menyeluruh.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 9

Tambah beliau, penglibatan USM sebagai tuan rumah turut mencerminkan komitmen universiti untuk berperanan sebagai rakan strategik kepada kementerian dan penganjur dalam memacu agenda pembangunan bakat serta modal insan negara.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 10

“Selain itu, kejohanan ini memberi peluang kepada atlet mahasiswa untuk bersaing dalam suasana pertandingan yang teratur, dan USM komited memastikan segala kemudahan serta sokongan sewajarnya disediakan bagi menjamin kelancaran penganjuran,” katanya.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 11

Beliau menegaskan bahawa USM akan terus menyokong usaha KPT dalam memperkukuh pembangunan sukan di peringkat pengajian tinggi selaras dengan aspirasi melahirkan graduan yang seimbang dan berdaya saing.

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 12

USM PERKUKUH AGENDA SUKAN IPT SEBAGAI SALAH SATU LOKASI PENGANJURAN VSC 2026 13 Copy

Teks: Siti Faizah Abd Halim, Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin / Foto: Muhammad Taufik Abdul Rahman, Pejabat Pengarah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin

  • Created on .
  • Hits: 173

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025