USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PURPLE WALK KANITA 2026 SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA USM

20260415 231105

USM PULAU PINANG, 15 April 2026 – Seramai 30 peserta terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyertai Purple Walk KANITA 2026, sebuah program anjuran Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) yang berlangsung di perkarangan KANITA, baru-baru ini.

Program tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women’s Day, IWD) yang diraikan setiap tahun bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam masyarakat.

Purple Walk tahun ini merupakan penganjuran kali kedua oleh KANITA sebagai usaha berterusan mempromosikan kesaksamaan gender melalui SDG 5 'Gender Equality'.

Tema IWD tahun ini, 'Give To Gain,' menekankan kepentingan sifat murah hati dan saling menyokong antara satu sama lain dalam kolaborasi memacu kesaksamaan gender.

20260415 231111

Program dimulakan dengan sesi pemanas badan diikuti taklimat ringkas mengenai IWD serta kepentingan usaha untuk menjayakan agenda kesaksamaan gender dalam masyarakat, yang disampaikan oleh Pengarah KANITA, Profesor Dr. Intan Hashimah Mohd Hashim.

Dalam ucapannya, beliau berharap program ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan IWD di peringkat USM, malahan menimbulkan lebih banyak kesedaran tentang kepentingan isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita.

Program diteruskan dengan sesi berjalan santai di sekitar kawasan kampus USM, sekali gus menyemarakkan suasana sambutan dan mengeratkan hubungan antara warga kampus.

Purple Walk KANITA 2026 sekali lagi membuktikan komitmen KANITA dalam memacu agenda kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita melalui pendidikan, kesedaran, dan penyertaan aktif warga komuniti kampus.

Teks & Foto: Mohamad Shamimm Nadzeri, Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), USM

  • Created on .
  • Hits: 160

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025