USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JAGA KESATUAN DALAM SATU IKATAN & JADILAH PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB" KATA NC - USM Lancar Tabung Kemanusiaan Filipina - MPPUSM Fokus Set Minda Global

181113-a

PULAU PINANG, 14 November 2013 -Jagalah kesatuan dalam satu ikatan yang kuat, bagai lidi yang jika diikat bersekali akan payah untuk dipatahkan demi memastikan dapat menyumbang untuk pembangunan universiti dan negara apatah lagi apabila dipecahkan akan merugikan semua.

Demikian nasihat Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman 
kepada kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) dalam majlis Penyampaian Watikah MPPUSM dan ikrar para pemimpin pelajar yang dilantik hasil pemilihan yang diadakan hujung Oktober lalu. Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal dan Pembangunan Pelajar) Profesor Dr Adnan Hussein, Pengarah Kampus Kejuruteraan Profesor Zainal Ariffin Ishak, dekan-dekan dan pegawai-pegawai kanan Universiti.

"Kita menjadi pemimpin untuk satu jangka masa sahaja malah perlu sedar bahawa ini adalah satu pilihan yang bukan datang dengan paksaan dan jangan paksa orang lain untuk jadi pemimpin," kata Omar.

 

Jelasnya, pemimpin bukan hanya lahir melalui satu proses pemilihan, namun ramai lagi yang menjadi pemimpin secara semulajadi dan seseorang perlu bersedia untuk menjadi pemimpin yang bukan dipilih sama ada sebagai ketua keluarga, organisasi dan sebagainya yang lebih panjang hayatnya berbanding pemimpin yang lahir dari pemilihan namun yang terpenting kita perlu menghormati pemimpin lain.

Menurut Omar lagi, tanggungjawab sebagai pemimpin adalah besar yang perlu membina keupayaan, menyelidiki apa yang diperlukan dari seorang pemimpin, kerana itu jika mempunyai kesatuan yang kuat, berupaya untuk bersana-sama membangunkan universiti dan negara.

Naib Canselor menyeru para pemimpin baharu ini untuk bersama-sama membina kejayaan dan bersama-sama juga membawa universiti dengan membantu menjayakan Apex Fasa II, membangunlan siswazah APEX yang boleh membanggakan negara. Tahun lalu 70% siswazah berijazah dengan CGPA 3.0 ke atas yang menunjukkan kecemerlangan akademik siswazah kita, namun kita ingin tingkatkan usaha dengan mengetengahkan konsep sarjana APEX atau APEX Scholar.

181113-b

"Kita mahu gandakan siswazah kita yang bekerja di peringkat multinasional dan di pentas dunia daripada sekitar 20% sekarang ini kepada lebih besar lagi dan lahirkan siswazah bertaraf dunia," tegas Omar.

 

Di samping itu USM akan memberikan penghakupayaan dan pemerkasaan yang lebih banyak kepada MPPUSM dan Dewan Perundingan pelajar.

"Kita ingin bangunkan siswazah berkemahiran tinggi dan berupaya untuk diberi penghakupayaan yang lebih lagi pada masa hadapan dan cabarannya ialah bagaimana kita dapat merancang sesuatu yang boleh dibanggakan yang pada akhirnya perlu menjawab soalan tentang apa yang telah dihasilkan dan sudahkah dilakukan yang terbaik yang difahami oleh orang lain.

Pemimpin pelajar perlu berusaha membanggakan universiti dan membawa kecemerlangan kepada universiti dalam akademik dan pemimpin yang disegani dan dihormati. Jangan abaikan pula pembelajaran dan akademik dan mencapai kecemerlangan peribadi.

Naib Canselor turut mengumumkam pelancaran Tabung Kemanusiaan Filipina dengan sumbangan awal sebanyak RM10,000. USM juga bersedia menghantar sukarelawan ke sana apabila keadaan telah reda dan sesuai untuk dihantar sukarelawan yang bersedia ke sana.

Sementara itu, berucap di majlis yang sama, Yang Dipertua MPPUSM yang baharu dilantik, Mohamad Shafiq bin Kamaruddin, 22, menjelaskan MPPUSM akan menumpukan kepada enam agenda utamanya yang berteraskan set minda global.

Mohamad Shafiq anak kelahiran Baling Kedah itu adalah pelajar tahun ketiga Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan major Sejarah dan minor Geografi bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan sejuk beku dan perhotelan yang berjaya pada masa hadapan.

Mohamad Shafiq juga berkata MPPUSM akan memberikan perhatian kepada usaha pengantarabangsaan mahasiswa termasuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga, menjalin perhubungan akrab dengan pelajar antarabangsa, meningkatkan penjenamaan dan produk antarabangsa, mengadakan lebih banyak aktiviti keusahawanan dan kesukarelawanan pada peringkat dunia dan antarabangsa tanpa mengenepikan usaha menjaga kebajikan mahasiswa.

"Kami mengalu-alukan malah mengharapkan diberikan lebih banyak penghakupayaan untuk membolehkan kami turut serta dalam proses membuat keputusan dan dasar-dasar universiti yang berkaitan dengan mahasiswa," kata Mohamad Shafiq. Teks: Mohamad Abdullah/ Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar 

  • Created on .
  • Hits: 1015

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024