USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SINERGI UNIVERSITI, INDUSTRI DAN PELAJAR WARNAI EKOSISTEM STEM DI IDEA SCIENCE FAIR 2026

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.37 PM 1

NIBONG TEBAL, 11 April 2026 – Penganjuran IDEA Science Fair 2026 terus menjadi platform strategik dalam memperkukuh budaya inovasi dan kreativiti pelajar apabila menghimpunkan ratusan peserta dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti dari seluruh Malaysia.

Malah, program yang berlangsung selama dua hari pada 11 dan 12 April 2026 di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), Universiti Sains Malaysia (USM) ini turut memperlihatkan kerjasama erat antara universiti dan industri dalam memperkasa ekosistem Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) negara.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.36 PM 1

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin (KKTSS), USM, Profesor Ir. Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha, mewakili Naib Canselor USM.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.38 PM 1

Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan bahawa program ini melalui aktiviti yang dijalankan dijangka memperlihatkan bagaimana teori kejuruteraan dapat diaplikasikan secara praktikal dalam menghasilkan penyelesaian yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.39 PM

Beliau turut menyatakan bahawa program ini bukan sahaja membuka ruang interaksi konstruktif antara peserta dan panel juri, malah memberi peluang secara langsung kepada pelajar untuk memperoleh maklum balas bernilai sebagai persediaan menghadapi dunia sebenar industri kelak.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.39 PM 1

Menurut beliau, saban tahun IDEA Science Fair bukan sekadar pameran reka bentuk, sebaliknya merupakan manifestasi komitmen USM dalam menterjemahkan SDG melalui penyelesaian praktikal.

“Selari dengan tema ‘Innovating Minds, Designing the Future,’ program ini mempamerkan bagaimana pelajar mengintegrasikan ketepatan kejuruteraan dengan nilai kemanusiaan dalam menangani cabaran dunia sebenar,” kata beliau.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.33 PM 1

Tambahnya, USM kekal komited dalam melahirkan bakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi teknikal, malah boleh menyesuaikan diri dan berjiwa komuniti dalam usaha menjadi tonggak kemajuan masyarakat.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.34 PM

“Malah, program ini mendapat sokongan padu daripada industri dengan penyertaan 14 syarikat sebagai penaja yang memainkan peranan penting sebagai penilai dan mentor bagi memastikan inovasi pelajar kekal relevan dengan kehendak industri dan berpotensi untuk dikomersialkan,“ tambah beliau.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 5.53.43 PM 3

IDEA Science Fair 2026 antara lain bertujuan memperkasa budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah, di samping memberi pendedahan awal terhadap suasana pekerjaan sebenar kepada pelajar universiti terlibat.

WhatsApp Image 2026 04 11 at 4.48.12 PM 1

Usaha ini turut disokong melalui pameran kreatif yang bertindak sebagai medium meningkatkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap STEM.

Turut dianjurkan adalah pertandingan STEM dan Roboquest yang menyaksikan penyertaan lebih kurang 40 pasukan dari pelbagai negeri seluruh negara, masing-masing mewakili kategori sekolah menengah, matrikulasi/STPM/prauniversiti, dan universiti, sekali gus membuktikan sambutan positif terhadap inisiatif yang diketengahkan.

Teks: Siti Faizah Abd Halim/Foto: Ihsan Ahli Jawatankuasa IDEA Science Fair 2026

  • Created on .
  • Hits: 138

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025