USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR TEMUI PELAJAR MALAYSIA DI UNIVERSITAS ANDALAS, PADANG

 

Padang (INDONESIA), 14 November 2013 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey mengambil kesempatan bertemu 10 orang pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian Sains Perubatan di Universitas Andalas Padang.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu dibincangkan dan berkongsi pengalaman mereka belajar di sana.

Mereka menceritakan bagaimana terpaksa mengharungi kehidupan yang sukar di kawasan pedalaman, mandi di sungai akibat daripada sukar mendapat bekalan air bersih, dan sebagainya demi mendapatkan segulung ijazah.

 

“Kami telah mendidik mahasiswa USM untuk belajar menghadapi segala kesukaran melalui Program Pimpin Siswa yang diwajibkan kepada semua pelajar tahun pertama serta mendidik mereka untuk menghadapi survival kehidupan,” cerita Naib Canselor.

 

Tambahnya lagi, pelajar USM juga didedahkan dengan pengalaman belajar yang payah serta berpeluang untuk merasai kepayahan dengan berkongsi pengalaman pelajar yang mengikuti pengajian di Mesir, bencana alam di pelbagai negara dan berharap akan turut memainkan peranan dalam membantu mereka yang melalui bencana alam di Filipina seperti mana keprihatinan yang ditunjukkan semasa tragedi Tsunami di pelbagai negara. - Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1069

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024