USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026

KUALA LUMPUR, 11 April 2026 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kebolehpasaran graduan di Malaysia apabila menerima pengiktirafan berprestij di bawah Talentbank Graduate Employability Index 2026.

Talentbank Sdn. Bhd. merupakan syarikat penarafan dan perunding kebolehpasaran graduan yang terkemuka di Malaysia, yang menilai dan menganalisis kesediaan graduan memasuki alam pekerjaan berdasarkan data sebenar daripada majikan, termasuk tahap kompetensi profesional, prestasi di tempat kerja, serta kecenderungan majikan untuk membuat pengambilan berulang.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 2

Pengiktirafan ini adalah hasil dapatan komprehensif kajian nasional yang melibatkan maklum balas serta proses validasi oleh lebih 1,200 majikan daripada pelbagai sektor industri di seluruh negara.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 1

Pengiktirafan ini mencerminkan tahap keyakinan tinggi pihak industri terhadap kualiti graduan USM, khususnya dari segi kesediaan memasuki alam pekerjaan, penguasaan kompetensi profesional, prestasi cemerlang di tempat kerja serta kecenderungan majikan untuk membuat pengambilan berulang berdasarkan pengalaman positif bersama graduan universiti ini.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 3

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) serta agenda Kebolehpasaran Graduan Nasional, USM telah berjaya mencapai kedudukan Teratas 3 Negara dalam Kebolehpasaran Graduan bagi tahun 2026, sekali gus memperkukuh reputasinya sebagai institusi pendidikan tinggi yang responsif terhadap keperluan industri.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 4

USM turut mencatat pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat pertama dalam kalangan universiti awam bagi beberapa bidang utama, termasuk Aeroangkasa dan Aeronautik, Analitik, Seni dan Reka Bentuk, Kejuruteraan Elektrik, Sains Kesihatan, Kejuruteraan Mekatronik dan Sains.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 5

Di samping itu, graduan USM juga menunjukkan kebolehpasaran tinggi merentasi pelbagai industri, khususnya dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Sains Komputer.

USM DIIKTIRAF SEBAGAI PENERAJU KEBOLEHPASARAN GRADUAN DI BAWAH TALENTBANK GRADUATE EMPLOYABILITY INDEX 2026 6

Dari perspektif industri global, USM turut diiktiraf sebagai pilihan utama majikan dalam kalangan syarikat multinasional (MNC) berkaitan bidang seperti Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Kimia, Sains Komputer, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Mekatronik.

Lebih membanggakan, pelbagai bidang pengajian di USM telah menerima pengendorsan '6-Star Employer Choice' daripada lebih 1,200 majikan nasional.

Antara bidang tersebut termasuk Perakaunan, Pemasaran, Aeroangkasa, Analitik, Seni Bina dan Bangunan, Seni dan Reka Bentuk, Bioteknologi, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Awam, Komunikasi, Sains Komputer, Sains Pergigian, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ekonomi, Pendidikan, Kejuruteraan Elektrik, Sains Kesihatan, Bahasa, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Mekatronik, Perubatan, Kejururawatan, Farmasi, Ukur Bahan, Sains serta Sains Kemasyarakatan.

Pengiktirafan ini secara keseluruhannya membuktikan bahawa USM bukan sahaja berjaya melahirkan graduan berkualiti tinggi, malah mampu memenuhi kehendak industri secara holistik dan berterusan.

Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA), Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya; dan Pengarah, Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Profesor Dr. Azizah Omar.

Majlis pengiktirafan ini telah berlangsung di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur, sebagai simbol pengiktirafan rasmi terhadap kecemerlangan USM dalam memacu agenda kebolehpasaran graduan negara.

Teks & Foto: Pusat Pembangunan Pelajar (PPP), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA)/Suntingan: Mazlan Hanafi Basharudin 

  • Created on .
  • Hits: 225

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025