USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PROGRAM IMPACT 2026 PERKASA MOBILITI ANTARABANGSA PELAJAR PPPJJ

Screenshot 2026 04 11 15 43 57 41 99c04817c0de5652397fc8b56c3b3817

JAKARTA, 11 April 2026 – “Kerjasama antara Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universitas Terbuka (UT) Indonesia melalui IMPACT 2026 bukan sahaja membuka ruang pembelajaran baharu, malah memperkukuh jaringan akademik dan budaya antara negara Malaysia dan Indonesia,” ujar Ketua Delegasi Program IMPACT 2026, Dr. Norhanishah Mohamad Yunus pada majlis penutup program di Jakarta.

Beliau bersama dua lagi staf Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), USM telah mengiringi 13 pelajar daripada Rancangan Pengajian Jarak Jauh (RPJJ) untuk menyertai program ‘International Mobility Programme for Academic and Cultural Transformation (IMPACT) 2026’, sebuah program mobiliti antarabangsa anjuran Universitas Terbuka (UT) Indonesia dengan kerjasama PPPJJ, USM.

Program tersebut berlangsung dalam dua fasa iaitu secara dalam talian bermula 26 Januari hingga 20 Februari 2026, diikuti fasa bersemuka dari 5 April hingga 11 April 2026 bertempat di UT Jakarta.

Norhanishah berkata, “sepanjang program, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti ilmiah dan pengalaman lapangan yang memberi pendedahan antarabangsa.”

IMG 20260411 WA0098

“Antara pengisian utama termasuk seminar antarabangsa bertajuk “Building Sustainable and Globally Competitive MSMEs in the Digital Era”, lawatan sekitar kampus UT Jakarta, lawatan ke Bursa Saham Indonesia, lawatan ke perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Bandung serta sesi pertukaran budaya antara Malaysia dan Indonesia.

Screenshot 2026 04 11 15 46 35 98 99c04817c0de5652397fc8b56c3b3817

“Program ini dilihat sebagai platform penting dalam memperkasa pengetahuan dan pengalaman pelajar, khususnya dalam mendepani cabaran dunia digitalisasi yang semakin pesat,” ujarnya.

Salah seorang peserta, Aziah Abdul Majid, berpendapat program seperti ini wajar diperluaskan kepada lebih ramai pelajar RPJJ bagi memberikan pendedahan antarabangsa dan pengalaman pembelajaran secara praktikal.

Norhanishah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universitas Terbuka atas sambutan mesra serta perancangan program yang tersusun rapi, dan berharap agar kerjasama antara USM dan UT akan terus diperkukuh melalui pelaksanaan lebih banyak program bersama pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, penganjuran IMPACT 2026 berjaya mencapai objektif dalam memperluas horizon pelajar, di samping membina jaringan antarabangsa yang bermanfaat, selaras dengan keperluan pendidikan global masa kini.

Teks & Foto: Mohd Rashid Abdul Rejab, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM  

  • Created on .
  • Hits: 236

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025