USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR RAIKAN 56 WARGA USM TERPILIH SEBAGAI JEMAAH HAJI 1447H/2026M DI MAJLIS KERAIAN DHUYUFURRAHMAN 2026

04708bb4 262f 434b 8dcd 0ae31d60dc23

USM PULAU PINANG, 10 April 2026 – Seramai 56 warga staf Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih menunaikan haji pada tahun ini diraikan dalam Majlis Keraian Dhuyufurrahman Pusat Islam USM 1447H/2026M, yang berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid, di sini hari ini.

Majlis keraian ini menjadi simbol penghargaan dan sokongan moral oleh pengurusan tertinggi universiti kepada bakal jemaah haji yang menerima panggilan istimewa menunaikan rukun Islam kelima.

bcc21a5b 587d 4920 9d4b 152f276bb71e

Daripada jumlah tersebut, 26 orang adalah dari Kampus Kesihatan, diikuti 12 dari Kampus Induk, 10 dari Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, dan 8 lagi dari Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada ucapan beliau ketika menyantuni bakal jemaah haji tersebut, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed menyatakan bahawa pemilihan ini bukan sekadar angka, sebaliknya merupakan anugerah besar daripada Allah S.W.T. yang datang bersama tanggungjawab besar untuk melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

23597245 ea04 4761 b73b 95cdb029075f

“Pusat Islam USM perlu signifikan sebagai nadi pembangunan rohani warga kampus dengan pelbagai inisiatif seperti kuliah ilmu, bimbingan ibadah serta sokongan emosi dan spiritual yang menjadi asas penting dalam membentuk keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan sahsiah diri,” kata beliau.

b43b1c38 1a82 4b3f bc86 b0d67205374e

Abdul Rahman turut mengingatkan para bakal jemaah haji agar membuat persediaan rapi dari segi fizikal, ilmu, dan rohani, termasuk memperkukuhkan pengetahuan haji serta meningkatkan amalan ibadah sebagai bekalan menuju tanah suci.

933210bf fdd7 42a4 b891 c246e49b407d

“Penganjuran kali ketiga majlis ini membuktikan komitmen berterusan universiti dalam menjaga kebajikan spiritual warga, selain menjadi platform penghargaan dan doa restu daripada seluruh komuniti kampus kepada para jemaah haji yang bakal berangkat,” tambah Abdul Rahman.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, USM, Profesor Dr. Azlan Amran; Pengarah Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi, USM, Profesor Madya Dr. Bakiah Shaharuddin; Pengarah Pusat Islam USM, Tuan Haji Zayd Zhari; dan pegawai-pegawai utama universiti.

Teks & Foto: Pusat Islam, USM 

  • Created on .
  • Hits: 249

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025