USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TEROKAI PELUANG KOLABORASI GLOBAL BERSAMA BEIJING UNIVERSITY OF CHEMICAL TECHNOLOGY (BUCT)

668477625 1477837404383004 462871759582810950 n

USM PULAU PINANG, 8 April 2026 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkukuh jaringan antarabangsanya dengan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Beijing University of Chemical Technology (BUCT), China.

Delegasi BUCT seramai lima orang diketuai oleh Pengerusi Majlis Universiti, Profesor Liu Guiqin, bersama barisan dekan dan pengurusan tertinggi universiti tersebut.

668462987 1477899494376795 4374175642125540756 n

Ketibaan mereka disambut mesra oleh pihak USM diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Gs. Dr. Narimah Samat.

Narimah menyifatkan lawatan tersebut sebagai langkah proaktif dalam meletakkan USM sebagai rakan strategik utama bagi universiti terkemuka dari China.

“Sinergi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pembangunan akademik dan penyelidikan, malah membuka peluang inovasi yang lebih dinamik. Ia akan memperkukuh kedudukan USM sebagai universiti yang berdaya saing di peringkat global,” ujar beliau.

666637978 1477899914376753 7070558598415252576 n

Beliau turut berkata, “Fokus utama lawatan ini adalah lebih kepada meneroka ruang kolaborasi yang lebih luas antara kedua-dua institusi.”

Antara perkara yang menjadi tumpuan termasuklah:

  • Pertukaran Kepakaran: Potensi kerjasama dalam bidang Kejuruteraan Mekanik, Fizik, dan Sains Matematik.
  • Mobiliti Global: Menjalinkan kerjasama rasmi bagi program pertukaran pelajar dan penyelidikan bersama.
  • Inovasi Kimia dan Teknologi: Memanfaatkan kekuatan BUCT dalam teknologi kimia untuk diselaraskan dengan agenda penyelidikan USM.

668069014 1477899521043459 6366362196024940535 n

666027702 1477898687710209 4227557631584630821 n

Dalam sesi pembentangan, pihak BUCT berkongsi kepakaran dalam bidang sains dan teknologi serta memperkenalkan infrastruktur kampus mereka yang serba canggih.

668543313 1477838321049579 7363341919253236050 n

668488028 1477837684382976 96402081855728725 n

Turut hadir dalam sesi perbincangan ialah Pengarah Bahagian Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Lee Keat Teong; Dekan Pusat Pengajian Sains Matematik, Profesor Madya Dr. Ahmad Lutfi Amri Ramli; Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Profesor Madya Dr. Abdullah Aziz Saad; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik, Dr. Teoh Ying Jia; dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Matematik, Dr. Teng Mei Tuan.

Teks: Pejabat Antarabangsa (IO), USM/Suntingan: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md Isa  

  • Created on .
  • Hits: 152

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025