USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

839 BAKAL JEMAAH HAJI JAYAKAN KURSUS PERDANA HAJI PULAU PINANG 1447H/2026M

661958791 1349291303898326 5933132118401834290 n

USM PULAU PINANG, 5 April 2026 – Sejumlah 839 bakal jemaah haji dari seluruh negeri Pulau Pinang berkumpul bagi menyertai Kursus Perdana Haji (KPH) Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi musim 1447H/2026M yang berlangsung selama dua hari di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM), bermula 4 sehingga 5 April 2026.

662507645 1349290717231718 3681715362885585728 n

666042703 1349290737231716 8184928093309442410 n

Program anjuran Lembaga Tabung Haji itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan bakal jemaah haji membuat persiapan rapi sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian merangkumi aspek teori, praktikal serta simulasi ibadah haji bagi meningkatkan kefahaman dan keyakinan dalam menunaikan rukun Islam kelima itu.

667046297 1349293367231453 6264589280701149988 n

Tabung Haji dalam kenyataannya memaklumkan bahawa pihaknya komited untuk terus menyantuni bakal jemaah melalui bimbingan berterusan agar mereka bersedia dari segi ilmu, fizikal, dan spiritual.

666064259 1349292810564842 5956609327774159331 n

667968243 1349292370564886 2687399112938233525 n

Manakala USM juga sentiasa komited untuk bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji dalam menjayakan penganjuran kursus berkaitan ibadah rukun Islam ini, termasuk sokongan dari segi penyediaan kemudahan prasarana dan logistik yang kondusif, selaras dengan usaha memperkasa kefahaman serta kesiapsiagaan bakal jemaah haji.

Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu bakal jemaah melaksanakan ibadah haji dengan lebih yakin, teratur, dan sempurna, seterusnya memperoleh haji yang mabrur.

664646715 1349292670564856 5322136702634508071 n

Pada masa yang sama, seluruh kepimpinan dan warga universiti mendoakan semua bakal jemaah agar dipermudahkan segala urusan serta kembali ke tanah air dengan selamat dan penuh keberkatan.

Teks & Foto: Pusat Islam, USM

  • Created on .
  • Hits: 199

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025