USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGUASAAN BAHASA DAN BUDAYA SAMA PENTING KATA NC USM

DSC 0768

PULAU PINANG, 12 NOVEMBER 2013 – “Saya menyeru Mahasiswa tidak sahaja mampu menguasai kepelbagaian bahasa, bahkan mampu mempelajari budaya sesebuah negara tersebut sekaligus meneruskan perkongsian ilmu dan sosial demi pembangunan bersama.”

Itu harapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dato’ Dr. Omar Osman kepada siswa-siswi USM. 

Menurut Omar, penguasaan sesuatu bahasa  harus diiringi bersama budaya negara tersebut agar skop pengetahuan dan masa hadapan seseorang pelajar itu lebih meluas tanpa batasan.

 

Jelasnya, sememangnya bahasa memainkan peranan yang penting dalam perhubungan,  pekerjaan mahupun interaksi antara negara-negara, tetapi usah lupa budaya sesebuah negara wajar dititikberat agar kita lebih memahami kepelbagaian bangsa dan mampu bersatu untuk mencapai kejayaan bersama.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Pembelajaran Bahasa 2013 (ILLC 2013) di sini hari ini.

121113-8

Menurut Omar,  pendidik terutamanya guru dan pensyarah universiti amnya perlulah melihat perbezaan budaya sebagai satu kekuatan negara, bukannya sebagai masalah yang perlu dielakkan.

DSC 0753

“Pelajar zaman ini hendaklah disediakan dengan pengalaman budaya lain yang membolehkan mereka  memperoleh pengetahuan, kemahiran dan intipati budaya itu sendiri untuk mereka berfungsi sebagai pencetus kepada kesatuan Ummah di dunia ini,” kata Naib Canselor USM itu lagi.

Turut hadir ke majlis berkenaan adalah Konsul-Konsul Jeneral dan Konsul Kehormat dari negara Thailand, Indonesia, Jepun dan Perancis serta Dekan Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi.

Seminar anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM itu dihadiri oleh lebih 250 orang peserta dan 120 pembentang kertas kerjadari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Thailand, Jepun, Nigeria, Brunei, England, Australia, China, Indonesia, Jerman, Arab Saudi dll.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan sajak dari pelbagai bahasa dan negara oleh pelajar-pelajar dari dalam dan luar negara Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian bahasa di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar Foto: Mohd Fairus Md. Isa.

  • Created on .
  • Hits: 916

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024