USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM RAIH TIGA EMAS DAN DUA ANUGERAH KHAS DI PECIPTA 2013

1466069 698175546868871 584343231 n

KUALA LUMPUR, 9 November 2013 - Universiti Sains Malaysia (USM) meraih 3 pingat emas dan dua anugerah khas di pertandingan produk kategori penyelidikan institusi pengajian tinggi dan penyelidik muda sempena Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa 2013 (PECIPTA 2013) di sini yang berakhir semalam.

Tiga pingat emas itu dimenangi melalui produk Stand UP: Manual Footplate for Balance Rehabilitation, ciptaan Dr. Zuraida Zainun bersama kumpulan penyelidiknya dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM; A Rapid Measurement System for Dynamic Stiffness of Engine Mount oleh Prof. Dr. Zaidi Mohd Ripin dan kumpulan penyelidiknya dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal USM; dan produk G-HybriDFiL yang dihasilkan oleh Profesor Dr. Ismail Ab. Rahman bersama rakan penyelidiknya dari Pusat Pengajian Sains Pergigian.

Lebih membanggakan lagi apabila produk Stand UP turut memenangi anugerah khas dari Korea Invention Academy (KIA) manakala A Rapid Measurement System for Dynamic Stiffness of Engine Mount menerima anugerah khas Association of Polish Inventors Rationalizes Poland.

Di samping itu, USM juga memenangi 3 pingat perak dan 7 gangsa daripada 13 hasilan penyelidikan yang dihantar untuk menyertai pameran dan pertandingan tersebut.

Selain lebih 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mengambil bahagian, PECIPTA 2013 yang berlangsung selama tiga hari bermula 7 November lalu turut disertai institusi pengajian tinggi luar negara seperti Qatar, Turki, Mesir, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand, yang menyaksikan sebanyak 493 produk dipertandingkan merangkumi bidang kesihatan dan farmaseutikal, pengkomputeran dan komunikasi, pendidikan, elektronik, pertanian, persekitaran dan teknologi hijau.

PECIPTA 2013 yang bertemakan “Transforming Research and Innovation Towards Commercialisation”, dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Keputusan Penuh

Emas

  1. Stand Up – Manual Footplate for Balance Rehabilitation – Dr. Zuraida Zainun
  2. A Rapid Measurement System for Dynamic Stiffness of Engine Mount – Professor Dr. Zaidi Mohd Ripin
  3. G-HybriDFiL – Professor Dr. Ismail Ab Rahman

Perak

  1. SuperAl Membrane – Dr. Leo Choe Peng
  2. Low Glycemic Cookies – Profesor Madya Dr. Wan Rosli Wan Ishak
  3. UREX1: Food Grade High ORAC Ulam Raja Extract (Cosmos caudatus) for nutraceutical applications – Professor Dr. Azhar Mat Easa

Gangsa

  1. Sinensetin From Orthosiphon stamineus As Novel Anti-Inflammatory Agent – Dr. Yam Mun Fei
  2. Academic Integrated Management System (AIMS) – Professor Dato’ Dr. Abdul Rashid Mohamed
  3. Hexagonal Modular Pavement System (HMPS) for Stormwater Management – Professor Dr. Hj. Ismail Abustan
  4. Green Conductive Tile – Dr. Nurulakmal Mohd Sharif
  5. Self-compacting Concrete Intelligent Design Engine (SIDE) – Professor Madya Dr. Taksiah A. Majid
  6. BisSpiX – Dr. Uthumporn Utra @ Sapina Abdullah
  7. Retrocrete – Ultra High Performance Concrete Repair Material – Professor Dr. Badorul Hisham Abu Bakar

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1122

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024