USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PEMENANG IKTIRAF PENSYARAH USM

20131105 161116

PULAU PINANG, 7 November 2013 – Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mengiktiraf khidmat dan jasa pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali dengan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah PEMENANG bersama empat orang lagi tokoh.

Beliau yang juga anak jati kelahiran Pulau Pinang memperolehi pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam dan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dan sarjana di USM.

Bidang yang menjadi keutamaan beliau dalam penyelidikan pada masa kini adalah berkaitan dengan bidang pendidikan farmasi sosial, farmakoekonomik klinikal dan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dalam masyarakat.

20131105 164158

Di antara kriteria pemilihan beliau sebagai tokoh adalah kerana beliau banyak berjasa serta menyumbang tenaga bakti dalam bidang pendidikan dan kemasyarakatan demi meningkatkan mutu kehidupan masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Mohamed Azmi dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi sebuah organisasi bukan kerajaan yang utama di Pulau Pinang iaitu Yayasan Bina Ilmu yang memenuhi keperluan pendidikan dan kesihatan bagi masyarakat yang kurang bernasib baik di negeri ini. Selain sumbangan kemasyarakatan, beliau juga adalah seorang ahli akademik yang banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti kesihatan dan kebajikan masyarakat. Kepakaran beliau dalam memahami kehendak aspek sosial kesihatan dan sikap sering turun padang beliau sentiasa disenangi oleh pelbagai badan-badan bukan kerajaan di negeri Pulau Pinang terutamanya yang memerlukan kepakaran beliau bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat  dalam penggunaan ubat-ubatan secara rasional.

“Harapan saya ialah supaya golongan muda lebih peka dan mengambil berat terhadap golongan-golongan terpinggir dalam arus pembangunan sosial dan ekonomi di negara ini,” kata Mohamed Azmi.

1456556 761964980497345 1664159593 n

Mohamed Azmi yang sekarang menyandang jawatan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan) melahirkan rasa bersyukur kerana segala usaha diberi perhatian oleh organisasi yang disegani di negeri Pulau Pinang khasnya dan Malaysia amnya. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan Profesor Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali

 

  • Created on .
  • Hits: 1129

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024