USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

RAMADAN DIHAYATI, REZEKI DIKONGSI: PPIK USM DAN SPU BERGANDING BAHU

WhatsApp Image 2026 03 06 at 09.45.43

USM PULAU PINANG, 5 Mac 2026 – Program Ihya Ramadan Bersama Komuniti anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama komuniti Seberang Perai Utara (SPU) telah berlangsung dengan penuh keberkatan kelmarin.

Program ini diadakan sebagai salah satu usaha universiti untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat, di samping menghayati nilai kebersamaan dan semangat memberi dalam bulan Ramadan.

Screenshot 2026 03 06 103645

Matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga universiti dan komuniti, serta mendorong amalan kebajikan yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat, khususnya dalam bulan penuh keberkatan ini.

Melalui kolaborasi universiti-komuniti, pensyarah dan staf PPIK bersama penduduk SPU telah berganding bahu dalam menyediakan hampir 500 pek bubur lambuk.

Screenshot 2026 03 06 103717

Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja memperkukuh semangat kerjasama, malah menjadi wadah untuk memupuk nilai kebersamaan.

Screenshot 2026 03 06 103816

Pek bubur lambuk yang telah siap dimasak kemudian diedarkan kepada penduduk setempat, warga PPIK, Jabatan Keselamatan USM, pelajar, dan staf USM.

Edaran ini melambangkan perkongsian rezeki dan semangat memberi yang menjadi inti pati Ramadan.

Screenshot 2026 03 06 103746

Turut hadir bersama menjayakan program tersebut ialah Dekan PPIK, Profesor Madya Dr. Jasni Sulong, bersama barisan kepimpinan pusat pengajian. Kehadiran mereka memberikan sokongan moral yang besar kepada warga pusat pengajian dan komuniti yang terlibat.

Menurut Jasni, “Program ini menjadi platform untuk memperkukuh hubungan strategik antara universiti dan masyarakat, selaras dengan aspirasi USM sebagai universiti berteraskan nilai kemanusiaan dan kesejahteraan komuniti.”

Screenshot 2026 03 06 103850

Screenshot 2026 03 06 103912

Secara keseluruhannya, Program Ihya Ramadan Bersama Komuniti bukan sahaja berjaya mencapai objektif perkongsian rezeki, tetapi turut menyemarakkan semangat kebersamaan, kasih sayang, dan kepedulian sosial yang menjadi tunjang kepada pembangunan masyarakat sejahtera.

Sumber: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK), USM/Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 168

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025