USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENYELIDIK USM TERIMA GERAN PENYELIDIKAN MyCC

Dr. Hassali-MyCC

PULAU PINANG, 31 Oktober 2013 - Pensyarah Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali mendapatkan geran penyelidikan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berjumlah RM25,000.00 untuk tempoh satu tahun iaitu bermula November 2013 - November 2014.

Geran ini adalah daripada Program Geran Penyelidikan (RGP) di mana hasil penyelidikan akan digunakan untuk memantapkan lagi proses membuat polisi-polisi kerajaan.

Mohamed Azmi adalah antara lapan orang penyelidik yang berjaya memperolehi geran berkenaan berjumlah RM200,000.00. Antara penyelidik lain yang berjaya adalah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan Monash University Malaysia Campus.

Tajuk penyelidikan beliau adalah “Assessment of Medicine Prices Among Community Pharmacies and Private Clinics in the State of Penang” yang akan mengkaji persepsi ahli farmasi dan pengamal perubatan terhadap harga dan perubahan harga ubat-ubatan mengikut daerah di Negeri Pulau Pinang.

Mohamed Azmi berharap melalui kajian dan penyelidikan ini dapat memperkenalkan satu mekanisme untuk penentuan harga ubat-ubatan di negara ini.

MyCC menerima 23 penyertaan daripada Universiti, institusi penyelidkan dan organisasi lain yang dibuka bermula Januari hingga April 2013 dan panel penilai pula terdiri daripada pakar dari Universiti. - Teks: Nor Rafizah Md. Zain/Foto sumbangan Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali

  • Created on .
  • Hits: 1036

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024