USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI DARI NAIB CANSELOR

DEEPAVALI-web-banner-A

Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman dan isteri Datin Noraizan Jamaludin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh warga kampus, sahabat handai, para alumni dan semua yang menyambutnya di seluruh negara dan di mana jua berada.

“Seperti mana perayaan lain juga, sambutan Deepavali seharusnya disambut dengan penuh persaudaraan, kesyukuran dan menginsafi nasib mereka yang kurang bernasib baik, sama ada disebabkan oleh sesuatu musibah mahu pun diduga dengan pelbagai perkara yang tidak dijangka,” kata Naib Canselor.

“Deepavali adalah untuk kita rayakan bersama, dengan cahaya lampu yang menyemarakkan kebahagiaan dan kejayaan bersama namun bersederhanalah dalam apa jua yang dilakukan, berhati-hati di jalanraya dan kenangi juga mereka yang tidak bernasib baik termasuk warga emas yang kesunyian tanpa keluarga,” kata Omar.

Tambahnya lagi, kita di negara ini bertuah kerana mempunyai masyarakat yang sangat prihatin, mengambil berat, saling tolong menolong dan sentiasa menghormati kepelbagaian yang ada, dengan semangat perpaduan dan muhibbah yang tinggi, saling bertolak ansur dan saling memahami dalam mengekalkan kesejahteraan dan kesentosaan yang ada.

Beliau menyeru agar semua pihak mengambil kesempatan ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang ada menjadikan perayaan ini sebagai medan untuk kunjung mengunjungi dan meraikannya bersama-sama dengan meriah.

“Semoga Deepavali kali ini menjadi satu lagi detik manis untuk kita rayakan bersama dengan menyemarakkan lagi usaha mencapai kecemerlangan untuk universiti dan negara,” kata Omar.

 

  • Created on .
  • Hits: 947

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024