USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA ERAT USM, FGV DAN ACeIO LAHIRKAN 33 GRADUAN PROFESIONAL INTEGRITI

USM, PULAU PINANG, 10 Februari 2026 – Seramai 33 graduan profesional FGV berjaya menamatkan Program Certified Professional in Integrity Assurance and Management (CPIAM) – FGV 2.0, sekali gus memperkukuh keupayaan modal insan berintegriti dalam pengurusan dan tadbir urus organisasi.

4733028A 5CB6 487C AFCA B2ED06A75E2A

Majlis Graduasi Program Pensijilan Profesional itu berlangsung di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini, hasil kerjasama strategik antara Pusat Pengajian Pengurusan USM, FGV Holdings Berhad dan Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO) Malaysia.

1D99563F A363 41A0 A6B9 2B5EC38EE914

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, program berkenaan mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus beretika dalam organisasi serta sektor korporat negara.

“Majlis ini bukan sekadar meraikan graduan, malah mencerminkan komitmen berterusan USM memperkukuh budaya integriti, akauntabiliti dan tadbir urus beretika dalam organisasi dan korporat negara,” katanya.

IMG 20260210 WA0159

Menurut beliau, CPIAM–FGV 2.0 merupakan kesinabungan kepada kejayaan siri program terdahulu yang membuktikan sinergi kukuh antara akademia, industri dan badan profesional dalam melahirkan modal insan berintegriti tinggi.

IMG 20260210 WA0160

“Program ini membuktikan sinergi kukuh antara akademia, industri dan badan profesional dalam melahirkan modal insan berintegriti tinggi yang mampu menjadi pemacu budaya integriti serta agen perubahan dalam organisasi,” katanya.

Program pensijilan profesional kelolaan Pusat Pengajian Pengurusan USM itu memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi melalui pendekatan upskilling, reskilling dan newskilling bagi memenuhi keperluan agensi serta industri yang semakin kompleks.

IMG 20260210 WA0161

CPIAM menyediakan platform komprehensif kepada peserta untuk mendalami evolusi pengurusan dan pengukuhan integriti menerusi kurikulum yang menekankan trend semasa pengurusan organisasi, khususnya dalam era digital merangkumi pelbagai aspek operasi dan tadbir urus.

Abdul Rahman turut berkata, graduan CPIAM membuktikan tahap disiplin dan komitmen tinggi dalam mengimbangi tuntutan kerjaya serta pembelajaran profesional.

“Pencapaian ini menjadi penanda aras penting dalam memperkukuh budaya integriti dalam sistem pengurusan, sekali gus menyokong aspirasi negara ke arah tadbir urus yang lebih cekap, telus dan berintegriti,” katanya.

Dalam pada itu, graduan CPIAM–FGV 2.0 merupakan kohort kelima program berkenaan, manakala kohort keenam dijadualkan memulakan latihan pensijilan pada April 2026.

Majlis graduasi turut menyaksikan pelancaran Buku Panduan Integriti FGV: Membudayakan Integriti Dalam Organisasi yang disempurnakan oleh Naib Canselor USM.

IMG 20260210 WA0162

Buku panduan itu dibangunkan menggunakan kaedah machine learning dan berfungsi sebagai rujukan komprehensif dalam menangani isu integriti serta salah guna kuasa dalam organisasi.

 

Teks: Pusat Pengajian Pengurusan USM/ Suntingan: Marziana Mohamed Alias/ Foto: Mohd Faris Darwisy Rafiq

Pelaksanaan program ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 4 berkaitan pendidikan berkualiti dan pembelajaran sepanjang hayat, selain menyokong SDG 17 melalui pengukuhan kerjasama strategik merentas sektor.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Kedah mewakili Presiden Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia, Dato’ Shaharom Nizam Abd Manap, Ketua Pegawai Tadbir Urus dan Risiko, Kumpulan FGV Holdings Berhad, Suzari Said, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat USM, Profesor Dr. Azlan Amran, pegawai-pegawai utama USM, Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia, FGV Holdings Berhad dan sebagainya.

  • Created on .
  • Hits: 89

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025