USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SEASN PLATFORM KELESTARIAN PELBAGAI NEGARA

301013-1

PULAU PINANG, 29 Oktober 2013 - Buat pertama kalinya wakil-wakil universiti di Negara ASEAN berkumpul dan membincangkan hala tuju dan perancangan kelestarian untuk masa hadapan. Kumpulan ini yang dinamakan South East Asia Sustainability Network (SEASN) dibentuk untuk menjadi satu platform untuk perancangan mengenai kelestarian.

Mesyuarat pertamanya yang dipengerusikan oleh Pemangku Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey dihadiri oleh 27 orang wakil pelbagai institusi, termasuk 12 orang yang mewakili universiti-universiti di Malaysia, 4 buah institusi bukan universiti, 4 orang mewakili pelbagai institusi dari Thailand dan 2 orang yang mewakili pelbagai institusi dari India.

Wakil-wakil agensi lain adalah seperti WWF Malaysia, Consumers Association of Penang, NorthPort (Malaysia) dan The Sirindhon International Environment Park, Thailand.

Menurut See Ching Mey, SEASN diwujudkan untuk mempromosikan bidang kelestarian di peringkat pengajian tinggi, NGOs, industri dan pelbagai agensi di Asia Tenggara.

“Selain itu, ia juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan amalan terbaik di bidang kelestarian sesama pengajian tinggi dengan organisasi lain,” tambahnya lagi.

USM yang mementingkan kelestarian di dalam setiap bidang pengajian mengambil inisiatif ini supaya suara dari negara-negara ASEAN akan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

301013-2

“SEASN Assembly” dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman bagi tempoh empat tahun pertama dan bagi tahun berikutnya, undian akan dibuat dalam kalangan wakil semua negara ASEAN secara bergilir-gilir.

Kesemua wakil yang hadir bersama-sama lebih 50 peserta lain turut menyertai International Sustainability Conference 2013 (ISCO 2013) yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Seminar ini adalah anjuran Centre for Global Sustainability Studies (CGSS) dan Profesor Emeritus Dato’ Sri Dr Zakri Abdul Hamid, Penasihat Sains kepada Perdana Menteri menyampaikan ucaptama.

ISCO 2013 akan membincangkan pasca RIO+20 mengenai Water, Energy, Health, Agriculture, dan Biodiversity bersama bidang merentas sektor iaitu Climate Change and Disaster Risk Management, Production and Consumption, dan Poverty and Population (WEHAB+3). - Teks: Nor Rafizah Md. Zain/Foto: Yong Check Yoon

  • Created on .
  • Hits: 1013

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024