AUTOMASI PINTAR PENYEBAR ‘METHADONE’: INOVASI BAGI TERAPI ‘OPIOID’ DI KAWASAN LUAR BANDAR
USM PULAU PINANG, 26 Januari 2026 – Sebuah inovasi farmaseutikal, yang dikenali sebagai ‘Smart Automated Methadone Dispenser’ (Automasi Pintar Penyebar ‘Methadone’) yang dipamerkan di ‘Pameran Majlis Perutusan Naib Canselor 2026’, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini, memberi bayangann masa depan berkaitan usaha menguruskan ketagihan dan akses kepada preskripsi perubatan.
Inovasi sosial ini dibangunkan untuk menyokong terapi penggantian opioid (opioid substitution therapy/OST) di kawasan B40 dan luar bandar, dan telah diedarkan kepada enam klinik di kawasan Baling, Kedah.
Alat penyebar atau ‘dispenser’ ini dikaitkan dengan masalah ketagihan opioid (ubatan berkaitan candu) dengan penyelesaian kepada solusi sedia ada yang lebih ke arah intensif tenaga kerja sekarang ini yang telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu ‘Terapi Sokongan Methadone’ (Methadone Maintenance Therapy).
Projek ini diketuai oleh Penyelidik Utama, Dr. Rafidah Zainon dan disertai Professor Ir. Dr. Mohd Fadzil Ain, Khairul Nizam Jaafar, and Noorfatin Aida Baharul Amin.
Dr. Rafidah berkongsi tentang matlamat akhir penyebar ini adalah untuk mempercepatkan usaha dan dapat dilakukan dengan lebih tepat.
“Objektif alat penyebar ini adalah untuk menyebarkan (dispense) cairan ‘methadone’ secara automatik dan pada kadar yang tepat, yang mana akan menjimatkan sehingga 70% masa melakukan penyebaran berbanding dengan kaedah-kaedah penyebaran konvensional,” tambah Dr Rafidah.
Alat ini direkabentuk ke arah mesra pengguna, mudah dibawa ke mana-mana dan berupaya mengukur secara automasi jumlah dos ‘methadone’, yang secara langasung meningkatkan keselamatan, menjimatkan masa bagi staf penjagaan kesihatan dan memudahkan akses kepada rawatan di kawasan yang kekurangan tenaga kerja.
Projek ini, yang dibiayai oleh Yayasan Inovasi Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi and Inovasi, adalah selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Sustainable Development Goals/UN-SDGs), termasuk SDG 3 (Kesihatan yang Baik dan Kesejahteraan), SDG 9 (Industri, Inovasi dan Prasarana), dan SDG 10 (Ketidaksamaan yang Berkurangan).
Secara keseluruhannya, kajian dan inovasi di sebalik projek ini mempamerkan komitmen USM terhadap inovasi yang menghubungkan pelbagai keperluan dalam komuniti tertentu.
- Created on .
- Hits: 125