SLITUP: REVOLUSI PENYELESAIAN REVOLUSI KEPADA PEMULIHAN SEMULA TISU LEMBUT TISSUE REGENERATION
USM PULAU PINANG, 26 Januari 2026 – Satu sudut ruang pameran yang disediakan di ‘Pameran Majlis Perutusan Naib Canselor 2026’, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini telah mengetengahkan sebuah inovasi dalam bidang perubatan yang dikenali sebagai ‘Slitup’.

Ia adalah sebuah inovasi yang dapat membantu dalam proses pemulihan tisu lembut.
Inovasi ini telah dihasilkan oleh penyelidik utama Profesor Dr. Siti Noor Fazilah Mohd Noor dari Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB) USM, dengan perakuan dari Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Skim Geran Penyelidikan Prototaip (Prototype Research Grant Scheme/PRGS).

'Slitup' adalah tampalan filem komposit bagi pemulihan tisu lembut, yang mengandungi bahan bioaktif yang diperolehi dari sumber asli dan polimer sintetik, yang dapat memulihkan semula tisu dan membantu dalam penyembuhan.
Dr. Fazliah berkongsi bahawa bahan yang terkandung dalam 'Slitup' akan lebih memberi manfaat bagi proses pemulihan pesakit diabetes.
“Kebanyakan pesakit diabetes dengan luka di kaki mungkin akan mengalami kehilangan lapisan kulit sewaktu menanggalkan tampalan yang biasa digunakan; namun begitu, para pesakit tidak perlu menanggalkan 'Slitup' selepas penggunaannya,” jelas Dr. Fazliah.
'Slitup' menangani kesukaran yang kerap dihadapi hasil dari penggunaan tampalan perubatan yang biasa digunakan, yang juga akan menghasilkan pembaziran bahan buangan klinikal dalam amaun yang besar, dengan kos lebih mahal, serta memerlukan seorang penjaga bagi menanggalkan balutan pada tampalan, yang mungkin akan mengakibatkan sebahagian kulit tertanggal sewaktu tampalan dibuang.
Rekabentuk dan inovasi produk 'Slitup' termasuk kemampuannya menyerap semula, boleh diubahsuai serta kandungan bahan bioaktif yang boleh disesuaikan kepada keperluan tisu lembut setelah dilakukan proses pensterilan gamma; 'Slitup' ini juga boleh diuraikan, bioserasi, tidak toksik dan mampu menghalang pertumbuhan bakteria.
Secara keseluruhannya, inovasi perubatan 'Slitup' ini membayangkan suasana masa depan berkaitan penyembuhan dan kelestarian dalam bidang bahan klinikal.
Teks: Sara Hannah Sahan Shah & Etasha Elena Kumar, House of Media (HOMe@MPRC)/ Terjemahan: Mazlan Hanafi Basharudin/ Foto: Shahnizam Ab Rahim
- Created on .
- Hits: 137