USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SISTEM E-KIRAAN BERJALAN LANCAR: JEMINDER RAIH UNDIAN TERTINGGI

241013-1

PULAU PINANG, 25 Okt. 2013 – Percubaan menggunapakai sistem e-kiraan dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) di ketiga-tiga kampus disifatkan sebagai berjalan lancar dan menepati objektif yang ditetapkan.

Pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dr. Adnan Hussein berkata, langkah tersebut yang bertujuan memantapkan dan mempercepatkan proses pengiraan kertas undi amat berkesan dan boleh terus diperbaiki dari masa ke semasa.

241013-2

Katanya, secara keseluruhan proses pengiraan kertas undi menggunakan borang Optical Mark Recognition (OMR) yang akan diimbas bagi mendapatkan kiraan bagi seseorang calon iaitu sekitar tiga jam.

241013-3

241013-4

``Pun begitu ada juga beberapa masalah kecil yang berlaku termasuk pengiraan semula undian secara manual disebabkan margin undian yang rendah, namun ia sama sekali tidak menjejaskan keseluruhan proses pengiraan pada hari ini.

``Pihak USM juga turut mengucapkan syabas kepada semua calon yang bertanding dan berharap sistem pemilihan dalam kampus dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan,’’ ujarnya sambil mengumumkan peratusan pelajar yang keluar memilih pada tahun ini adalah sebanyak 57.91 peratus.

241013-5

Ujar Adnan lagi, daripada jumlah itu, Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 84 peratus manakala di kampus induk dan Kampus Kesihatan Kubang Kerian masing-masing dengan 70 peratus dan 35 peratus.

USM mempunyai kira-kira 15,000 pelajar ijazah pertama dan kira-kira 4,000 pelajar ijazah tinggi yang layak membuat pemilihan.

241013-6

241013-7

Dalam pada itu, Jeminder Ab Kadir muncul calon pilihan ramai apabila mendahului pungutan undian sebanyak 3680 untuk kerusi konstituensi umum.

Pemilihan MPP kampus bagi sidang 2013/2014 ini mempertandingkan sebanyak 31 kerusi untuk Konstituensi Pusat Pengajian manakala 9 kerusi Konstituensi Umum.

241013-8

DSC 0712

DSC 0723

Di samping itu, lima kerusi diperuntukkan untuk ijazah tinggi iaitu tiga di Kampus Induk dan masing-masing satu di Kampus Kasihatan dan Kejuruteraan menjadikan keseluruhan 45 kerusi dipertandingkan.    

Namun begitu, seramai 14 orang calon menang tanpa bertanding iaitu bagi lima Kostituensi Pusat Pengajian dan satu Konstituensi Umum di Kampus Induk, tiga konstituensi pusat pengajian Kampus Kesihatan, dua konstituensi pusat pengajian dan satu konstituensi Umum (Ijazah Tinggi) di Kampus Kejuruteraan. Dua lagi calon adalah dari Konstituensi Pusat Pengajian bagi calon Ijazah Tinggi di Kampus Induk. 

DSC 0739

Sistem E-kiraan ini adalah dibawah pengawasan Jawatankuasa Keutuhan E-kiraan yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan ahli-ahlinya terdiri daripada pakar teknologi dan juga wakil Pejabat Perundangan. Teks: Marziana Mohamed Alias / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1329

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024