USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPPJJ USM ANJUR MAJLIS APRESIASI DAN PENGHARGAAN RAI KOMITMEN JITU WARGA

USM PULAU PINANG, 14 Januari 2026 - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Majlis Apresiasi dan Penghargaan PPPJJ 2025 bagi menzahirkan penghargaan kepada warga kerja yang terlibat dalam penganjuran persidangan antarabangsa anjuran pusat pengajian itu.

WhatsApp Image 2026 01 15 at 9.00.52 AM

Majlis berkenaan dibuat khas bagi meraikan komitmen, dedikasi dan kerjasama cemerlang Jawatankuasa International Digital Education Conference (IDEC 2025) dan Jawatankuasa International Postgraduate Conference for Multidisciplinary Research (iPCMR 2025) sehingga memastikan kedua-dua persidangan antarabangsa berjaya dianjurkan.

v

Selain pengiktirafan kepada jawatankuasa persidangan, majlis itu turut diadakan sebagai penghargaan kepada seluruh warga kerja PPPJJ atas usaha berterusan dan semangat kerja berpasukan sepanjang tahun.

Hasil komitmen tersebut, PPPJJ berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Kelestarian, selain memenangi Naib Johan Pertandingan Dekorasi dan Video Sambutan Kemerdekaan 2025.

WhatsApp Image 2026 01 15 at 9.00.48 AM

Penganjuran majlis yang disempurnakan oleh Dekan PPPJJ, Prof. Madya Dr. Zulnaidi Yaacob itu diharap dapat memperkukuh kerjasama, meningkatkan motivasi dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam kalangan staf PPPJJ demi mendukung aspirasi USM di peringkat nasional dan antarabangsa.

WhatsApp Image 2026 01 15 at 9.00.47 AM

Sementara itu, PPPJJ turut memaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Rancangan Pengajian Jarak Jauh USM Fasa 1 dibuka mulai 21 Januari 2026 hingga 10 April 2026 melalui laman web pohon.usm.my.

Mereka yang berminat melanjutkan pengajian di PPPJJ boleh melayari portal rasmi PPPJJ USM untuk maklumat lanjut.

Teks & Foto: Mohd Rashid Abdul Rejab, PPPJJ, USM

  • Created on .
  • Hits: 232

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025