USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TOWNHALL USM BANTU PELAJAR FAHAMI PENGURUSAN MAJLIS RASMI

615233401 1398431988990213 3975403194292581852 n

USM PULAU PINANG, 13 Januari 2026 – Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Townhall Pengurusan Majlis bertemakan “Apa Pelajar Perlu Tahu?” bagi meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengurusan majlis rasmi universiti.

615400749 1398433152323430 8248930126669749319 n

615906748 1398433068990105 6992080875157967558 n

Program ini berjaya menghimpunkan lebih 70 peserta, termasuk barisan kepimpinan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM, serta wakil persatuan dan pertubuhan pelajar di kampus. Pegawai dan staf daripada Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta Pusat Rancangan Ko-Kurikulum USM turut menyertai program ini.

MFD 3214 1

Sesi dimulakan dengan ucapan Pengarah MPRC, Latifah Abdul Latif, yang menyatakan bahawa Townhall tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai asas pengurusan majlis rasmi, termasuk protokol, etika, dan tatacara selaras garis panduan universiti.

615153844 1398432995656779 8460527143558846804 n

“Ia juga bertujuan meningkatkan kefahaman pelajar tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai penganjur program supaya setiap majlis dilaksanakan secara teratur, profesional, dan mematuhi peraturan universiti,” tambah beliau.

615157937 1398432375656841 689205961020780359 n

615474641 1398432752323470 3278307291854069885 n

Peserta menyifatkan program ini memberi perspektif baharu mengenai penganjuran majlis rasmi USM, termasuk selok-belok protokol.

Mereka berpeluang bertanya soalan, bertukar pandangan, menyertai sesi kuiz santai, dan menerima maklum balas secara langsung.

Townhall tersebut turut menjadi platform dialog dua hala, membolehkan pelajar berkongsi pendapat dan mendapatkan panduan terus daripada pihak MPRC.

Yang Dipertua MPP 2025/2026, Azfar Al Hafiz Azman berkata, program ini penting untuk memberi pendedahan serta membantu pelajar memahami tatacara menjemput tetamu kenamaan dengan betul.

“Saya berharap Townhall seperti ini diteruskan supaya lebih ramai rakan YDP persatuan, kelab, dan organisasi pelajar dapat mengambil manfaat, seterusnya melancarkan urusan kelab dan persatuan secara lebih sistematik,” katanya.

615235072 1398433295656749 4646164589198259294 n

Program ini juga bertujuan mengelak kesilapan dalam penganjuran majlis rasmi dan memupuk profesionalisme pelajar, sekali gus memperkukuh imej universiti melalui majlis berkualiti dan berwibawa di bawah seliaan MPRC.


Sepanjang program townhall ini berlangsung, beberapa aktiviti menarik seperti Protokol Mania dan Kuiz berkaitan etiket protokol serta pengurusan acara turut diadakan untuk memeriahkan sesi perkongsian ini.

Antara Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab Pelajar berdaftar di USM yang terlibat pada Townhall kali ini ialah:

  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Majlis Perwakilan PETAS
  • Majlis Penghuni Desasiswa Tekun
  • Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara
  • Majlis Penghuni Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan
  • Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai
  • Majlis Penghuni Desasiswa Saujana
  • Majlis Penghuni Desasiswa Restu
  • Persatuan Pengurusan
  • Persatuan Sains Farmasi
  • Persatuan Perumahan, Bangunan dan Perancangan
  • Persatuan Sains Matematik
  • Persatuan Sains Fizik
  • Persatuan Sains Kajihayat
  • Persatuan Perakaunan
  • Persatuan Teknologi Industri
  • Persatuan Ilmu Pendidikan
  • Kelab Terjemahan dan Interpretasi
  • Kelab Antropologi dan Sosiologi (ANSOS)
  • Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP)
  • Kumpulan Anak-Anak Kedah
  • Angkatan Mahasiswa/i Perlis
  • Perkumpulan Mahasiswa/i Selangor
  • Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Terengganu
  • Perkumpulan Mahasiswa/i Anak Negeri Sembilan
  • Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA)
  • Pertubuhan Siswa Siswi Sabah
  • Persatuan Siswa/i Sabah (PERSIS)
  • Kumpulan Siswa Siswi Darul Ridzuan (KUSISDARI)
  • Persatuan Bahasa Tionghua
  • Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian Tionghua
  • Persatuan Kebudayaan India (PKI)
  • Sekretariat Martabat Pantun (SEMPANA)
  • Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
  • Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)
  • Persatuan Mahasiswa Katolik
  • Bursa Young Investor Club
  • Kelab MYSTEM Ambassador
  • Kelana Siswa
  • Kelab Bridge and Catur
  • Kelab Esports
  • Kor SISPA
  • Kor SUKSIS
  • PALAPES Darat
  • PALAPES Laut
  • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Sekretariat Rakan Muda
  • Sekretariat Permuafakatan Siswa/i FELDA
  • Rancangan Khidmat Komuniti

Teks: Marziana Mohamed Alias/ Foto: Muhamad Faris Darwisy Mohammad Rafiq & Shahnizam Ab Rahim

 

  • Created on .
  • Hits: 194

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025