USM TERIMA 39 PESERTA PROGRAM MOBILITI UNIGO UTAS–USM 2026

PULAU PINANG, 13 Januari 2026 – Seramai 36 pelajar dan tiga kakitangan dari University of Tasmania (UTAS), Australia menyertai program mobiliti University Global Opportunity (UniGo) UTAS–USM 2026 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) dari 10 Januari hingga 4 Februari depan.
UniGo UTAS merupakan program pertukaran dan mobiliti antarabangsa yang memberi pendedahan global kepada pelajar melalui pembelajaran luar negara dalam tempoh jangka pendek.

Di peringkat UniGO, program tersebut diketuai oleh Profesor Dr Ooi Can Seng bersama Profesor Dr Rebecca dan Tyler, manakala USM diketuai Dr. Zarina Md Nor selaku penyelaras projek.


Ini merupakan penganjuran UniGo yang ketiga di USM dengan penglibatan pelajar di bawah kelolaan Prof Madya Dr Fadzilah Amzah dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.


Program berkenaan bertujuan memperkukuh kerjasama akademik, meningkatkan pengalaman pelajar dan meluaskan pendedahan antarabangsa di luar bilik kuliah.
Pelbagai pengisian turut dirangka bagi meraikan kehadiran delegasi UniGo termasuk sesi pengenalan USM oleh Ketua Kluster Kepimpinan, Prof. Dato’ Dr Aldrin Abdullah, USM–UTAS Student Hackathon, kelas Bahasa Melayu kendalian fasilitator pelajar USM serta eksplorasi budaya di Pasar Malam Kampung Melayu.



Institusi yang berminat menyertai program mobiliti antarabangsa boleh menghubungi USM melalui laman web PPPJJ, https://pppjj.usm.my/industries untuk maklumat lanjut.
Teks & Foto: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh/ Suntingan: Marziana Mohamed Alias
- Created on .
- Hits: 245