KERJASAMA PELAJAR TAHUN 3 PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH USM–MDPT MENGECAT SEMULA FASILITI KOMUNITI
KUALA NERANG, 15 November 2025 – Seramai 40 pelajar Tahun 3 Program Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (HBP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) telah berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Mengecat Semula Fasiliti Komuniti di Taman Rekreasi Bukit Gedung, Kuala Nerang.
Program tersebut turut menerima sokongan Yang Dipertua MDPT, Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah Syed Mohamad, dan TPr. Nur Aishah Ishak, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa MDPT, sebagai inisiatif khidmat masyarakat bagi memperindah ruang awam.


Kursus Studio Perancangan Tahun 3 pula dikendalikan oleh Profesor Madya Dr. Suraiyati Rahman, Prof. TPr. Dr. Azizan Marzuki dan Dr. Diana Mohamad, yang menerapkan pendekatan perancangan strategik secara holistik merangkumi aspek fizikal, ekonomi, sosial dan persekitaran sejajar dengan prinsip pembangunan bandar mampan.
Tambah Mohammad Nazmi, segala kerjasama dan sumbangan daripada semua pihak amat dihargai serta diharapkan dapat dikekalkan dan diperkukuh pada masa hadapan bagi menyokong pembangunan komuniti yang inklusif dan lestari.
“Bumi bukan warisan nenek moyang, tetapi amanah untuk generasi akan datang,” ujarnya.
Teks & Foto: Mohammad Nazmi Naim, Pengarah Projek/Suntingan: Shafinaz Md Ismail
- Created on .
- Hits: 232