USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM LATIH BAKAL GURU TANGANI KRISIS, KEHILANGAN, DAN KEHIBAAN DEMI KESEJAHTERAAN MENTAL KOMUNITI

84ce9603 77c2 4756 9ca9 d057e07b30a1

USM PULAU PINANG, 30 Disember 2025 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Bengkel Intervensi Krisis, Kehilangan, dan Kehibaan (Grief): Dari Kampus ke Komuniti untuk Kesejahteraan Mental dan Kelestarian Pendidikan pada 27 hingga 28 Disember 2025 di kampus induk USM.

Program berimpak tersebut merupakan hasil kerjasama strategik antara Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan Persatuan Ilmu Pendidikan, USM, serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bertujuan memperkukuh kesejahteraan mental komuniti melalui pemindahan ilmu daripada kampus kepada komuniti.

Bengkel tersebut disampaikan oleh dua orang pensyarah PPIP yang berpengalaman luas dalam bidang kaunseling dan intervensi krisis, iaitu Profesor Madya Dr. Rahimi Che Aman, yang membincangkan konsep kehilangan dan kehibaan, serta Profesor Madya Dr. Nor Shafrin Ahmad, yang memberi pendedahan berkaitan pendekatan dan strategi intervensi krisis.

ed229bcc 2656 4442 af67 57015b996a2b

Program tersebut bertujuan melengkapkan bakal-bakal guru dengan kefahaman mendalam serta kemahiran asas bagi mengendalikan situasi krisis, kehilangan, dan kehibaan khususnya dalam konteks kesejahteraan mental individu dan komuniti.

Sepanjang bengkel, peserta didedahkan kepada gabungan pengetahuan teori dan latihan praktikal yang dirangka secara sistematik bagi meningkatkan keupayaan menyokong individu yang mengalami krisis emosi, kehilangan, dan trauma.

Dapatan penilaian pra dan pasca bengkel menunjukkan peningkatan ketara dari segi kefahaman, keyakinan serta kesediaan peserta untuk berperanan sebagai agen sokongan psikososial di sekolah dan komuniti pada masa hadapan.

Pelaksanaan program tersebut secara langsung menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti, melalui pembangunan kapasiti bakal pendidik yang holistik, berempati, dan berkeupayaan menangani cabaran kesejahteraan mental dalam persekitaran pendidikan.

Selain itu, program tersebut turut menekankan kepentingan daya tahan psikososial komuniti dalam menghadapi serta pulih daripada krisis, bencana, dan trauma.

103502cd a252 4aaf a9e2 42bb4149eb40

Intervensi krisis yang berkesan bukan sahaja menyokong pemulihan emosi individu, malah membantu komuniti bangkit secara lestari dan berfungsi semula dalam kehidupan sosial serta pendidikan.

Pendekatan latihan yang dilaksanakan juga sejajar dengan SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh, dengan menekankan pengurusan emosi yang sihat, pengurangan konflik interpersonal serta pembentukan masyarakat yang aman dan inklusif.

Melalui sokongan kehibaan dan intervensi krisis, peserta dilatih untuk membantu individu mengurus tekanan emosi secara efektif.

8f10feda 5264 4821 9da3 275aed2f90b8

Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang, BJIM USM, dan Persatuan Ilmu Pendidikan mencerminkan pelaksanaan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat yang menekankan kepentingan penggemblengan kepakaran akademik, sokongan institusi, dan sumber komuniti bagi memastikan pemindahan ilmu dapat dilaksanakan secara berkesan, inklusif, dan mampan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Program Intervensi Krisis, Kehilangan, dan Kehibaan: Dari Kampus ke Komuniti membuktikan komitmen berterusan USM bersama rakan strategik dalam melahirkan graduan yang berdaya tahan, prihatin, dan bersedia menyumbang secara signifikan kepada kesejahteraan mental masyarakat serta pembangunan mampan negara.

Teks dan Foto: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM

  • Created on .
  • Hits: 244

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025