USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PMIUSM ANJUR BENGKEL KALIGRAFI KHAT PERKASA APRESIASI SENI WARISAN ISLAM

USM PULAU PINANG, 29 Disember 2025 – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (PMIUSM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Kaligrafi Khat di Dewan Muzakarah, Pusat Islam USM pada 27 Disember baru-baru ini.

T

Penganjuran bengkel tersebut bertujuan memperkenalkan mahasiswa USM kepada keindahan seni kaligrafi Islam sebagai warisan budaya yang kaya dengan nilai estetika dan penghayatan spiritual.

Menerusi pendekatan kebudayaan, program tersebut memberi pendedahan awal kepada teknik asas kaligrafi khat di samping memperkukuh penguasaan tulisan jawi sebagai medium ekspresi kreatif dan intelektual.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 12.23.52 PM

Selaras dengan penerapan atribut H.E.B.A.T, bengkel tersebut mengintegrasikan elemen 'Holistic' melalui usaha memperkayakan perkembangan intelektual dan spiritual peserta, sekaligus menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Dari sudut 'Balanced', program tersebut memupuk apresiasi terhadap seni dan warisan budaya sebagai pelengkap kepada pembangunan diri mahasiswa secara seimbang.

WhatsApp Image 2026 01 05 at 12.23.52 PMT

Manakala elemen 'Thinking' diterapkan melalui rangsangan kreativiti dan imaginasi peserta dalam menterjemahkan idea ke dalam penghasilan karya kaligrafi yang unik dan bermakna.

Bengkel ini dikendalikan oleh Mohamad Muzzammil Mohamad Zabidi, Jurutera Keselamatan Digital yang turut memiliki kepakaran mendalam dalam bidang seni khat.

Seramai 25 orang mahasiswa dan mahasiswi USM telah menyertai bengkel tersebut, yang dilaksanakan secara interaktif melalui sesi praktikal penulisan khat.

Pendekatan tersebut bukan sahaja memperkukuh kefahaman teknikal peserta, malah menyediakan ruang pembelajaran bermakna untuk meneroka kreativiti peribadi serta menghasilkan karya kaligrafi dengan gaya dan ekspresi tersendiri.

Turut hadir memberikan sokongan penuh ialah Penasihat PMI USM, Profesor Madya Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi bersama Muhammad Irfan Fakry Mohd Rafi selaku Pengarah Program.

Dalam ucapannya, Irfan menegaskan bahawa kejayaan penganjuran bengkel tersebut membuktikan minat generasi muda terhadap seni khat kekal utuh dan terus relevan dalam mendepani cabaran serta perkembangan semasa.

“Penganjuran Bengkel Kaligrafi Khat ini juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), iaitu SDG 4: Pendidikan Berkualiti yang menekankan penyediaan peluang pembelajaran inklusif, holistik, dan berkualiti,” ujarnya.  

Inisiatif seumpama ini bukan sahaja memperluas akses kepada ilmu dan kemahiran berasaskan seni serta warisan, malah turut menyumbang kepada pembentukan mahasiswa yang berpengetahuan, kreatif, dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pendidikan tinggi negara.

Teks & Foto: Persatuan Mahasiswa Islam USM/ Suntingan: Unit Media dan Penerbitan BHEPA USM

  • Created on .
  • Hits: 257

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025