USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR REKA BENTUK DALAMAN USM MENANG ANUGERAH BERPRESTIJ

1375765 10201568978979071 1332083788 n

Pelajar Program Rekabentuk Dalaman Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan yang mewakili Universiti Sains Malaysia (USM) dalam acara berprestij 2013 Green Award Competition telah memenangi tempat pertama dan kedua dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada 12 Oktober 2013 yang lalu.

Pelajar tahun ketiga Harry Chong Kai Zhen menerima hadiah wang tunai RM5,000, sijil dan trofi untuk hadiah pertama kategori “green space/architecture” manakala Ayyub Isa Ibrahim dan Amy Fadzillah Ibrahim menerima wang tunai RM2,500 dan sijil untuk kategori yang sama. Peserta dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM mengalahkan 50 penyertaan lain dari seluruh negara.

211013-1

Acara berprestij tersebut ditaja oleh NGO ECOKNIGHT dengan juri-juri professional terdiri daripada Serena Hijjaz dari Hijjaz Kasturi, TNB, LBS Developer dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Created on .
  • Hits: 1375

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024