USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AKUI PERANAN MEDIA, HARGAI SUMBANGAN DALAM MEMPERKUKUH HUBUNGAN STRATEGIK

b1607726 93d3 4e07 812e d1e9797a075c 1 

USM, PULAU PINANG, 18 Disember 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media sebagai rakan penting dalam menyebarluaskan ilmu dan pencapaian universiti kepada masyarakat.

 2V4A0132 2

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, media bukan sekadar penyampai maklumat, malah berfungsi sebagai penghubung penting antara universiti dan masyarakat dalam memastikan ilmu yang dijana USM dapat difahami, dihargai dan diterjemahkan kepada manfaat bersama.

 2V4A0162 2

“Melalui laporan yang berintegriti dan seimbang, media membantu memastikan ilmu yang dijana universiti dapat difahami, dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat lebih luas,” ujarnya ketika berucap pada majlis Rentak Media@USM di sini, hari ini.

Beliau berkata, sokongan berterusan media dalam melaporkan inisiatif dan pencapaian USM turut menyumbang kepada usaha memperkasa pendidikan tinggi serta memperluas impak ilmu kepada negara.

 2V4A0346 2

Menurutnya, USM kekal komited untuk menjadi rakan yang telus dan responsif kepada media, sambil membuka ruang kolaborasi yang lebih bermakna pada masa depan.

Para pengamal media di Pulau Pinang diraikan bersama pengurusan tertinggi USM dan warga kampus dalam suasana santai dan terbuka di laman Anjung Jannatun, sebuah bangunan bercirikan kolonial di USM.

Majlis turut diserikan dengan sesi penghargaan kepada organisasi media dan persembahan hiburan.

2V4A0360 2 2

Penganjuran malam penghargaan media ini mencerminkan kepentingan hubungan antara universiti dan pengamal media sebagai asas menyokong pembentukan wacana pendidikan yang dinamik, progresif dan inklusif.

Teks & Foto: Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC)

  • Created on .
  • Hits: 219

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2025