USM PANDANG SERIUS MASALAH TIKUS DI HOSPITAL USM
PULAU PINANG, 8 Oktober 2013 - Universiti Sains Malaysia (USM) memandang serius masalah tikus di Hospital USM yang dibangkitkan seperti mana laporan muka hadapan akhbar The Star hari ini.
USM juga sedar tentang isu ini dan sedang terus berusaha secara berterusan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasinya termasuk melibatkan semua pihak, pengurusan hospital, pengusaha premis makanan di dalam dan di luar kampus universiti dan orang ramai termasuk pelawat untuk mengambil langkah yang perlu untuk membendung dan mengatasinya.
Ia juga memerlukan tindakan bersepadu dan penguatkuasaan undang-undang berdasarkan peraturan dan apa jua undang-undang yang ada. USM juga akan libatkan semua pihak di USM termasuk kepakaran penyelidikan dalam bidang yang berkaitan yang ada bagi tujuan yang sama.
Orang ramai tidak perlu bimbang dan panik dengan isu ini kerana masih dalam kawalan sewajarnya.
Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal
Pemangku Naib Canselor
Universiti Sains Malaysia
- Created on .
- Hits: 1409