USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JALIN KERJASAMA LESTARI

071013-2

PULAU PINANG, 7 Oktober 2013 – Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjalinkan hubungan dengan universiti luar negara bagi memantapkan kerjasama dalam bidang-bidang tertentu. USM melalui Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universitas Ghadjah Mada (UGM) dalam pembangunan lestari.

Menurut Dekan PPPBP, Profesor Madya Dr. Aldrin Abdullah, kerjasama ini adalah dari segala segi bagi pembangunan lestari seperti penganjuran seminar, persidangan, pertukaran idea dan pelbagai kepakaran.

“Ini adalah salah satu usaha untuk meletakkan nama PPPBP di peringkat antarabangsa di samping untuk berkongsi segala kepakaran yang ada samada di PPPBP mahupun UGM,” kata beliau.

Majlis penandatanganan MoA tersebut telah disempurnakan oleh pemangku Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal bersama Dekan, Fakulti Kejuruteraan UGM, Profesor Ir. Panut Mulyono.

Menurut Panut, penandatanganan MoA tersebut adalah sesuatu yang membanggakan.

DSC 0203

“Melalui perjanjian ini, kita dapat bekerjasama untuk kemajuan kedua-dua buah universiti serta kesejahteraan masyarakat contohnya dalam menangani pemanasan global serta penggunaan tenaga secara berhemah,” tambah Panut,.

Ahmad Shukri pula berkata, UGM dan USM telah bekerjasama dalam tempoh yang lama namun ini julung kali melibatkan PPPBP. Melalui perjanjian ini, ianya lebih fokus dan hasilnya dapat diukur dan dikaji dengan lebih mendalam.  Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa

  • Created on .
  • Hits: 1181

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024